Semalam aku iring calon….bukan calon PRU, tetapi calon Juara Asia dan calon Juara Dunia kejohanan ragbi.

Posted by Ali Imran on Saturday, April 28, 2018

Posted by Ali Imran on Saturday, April 28, 2018

Posted by Ali Imran on Saturday, April 28, 2018

Posted by Ali Imran on Saturday, April 28, 2018

Posted by Ali Imran on Saturday, April 28, 2018

Posted by Ali Imran on Saturday, April 28, 2018

Posted by Ali Imran on Saturday, April 28, 2018

Semalam aku iring calon….bukan calon PRU, tetapi calon Juara Asia dan calon Juara Dunia kejohanan ragbi.

Ini adalah kali pertama Malaysia menyertai pasukan terbaik Asia dalam satu kejohanan khusus untuk empas terbaik rantau ini.

Iya, kita kalah tapi yang penting semangat juang yang ditunjukkan amat tinggi.

Good luck lawan Hong Kong minggu depan, Malaysia. Hangpa power!

Kepada Azrul Izzam dan Rafa’ei Tahir that was a good after game chat. Nanti lepak lagi!

Ali Imran
Wartawan Awam

x x x

Sehingga 8 Ogos 2018, post ini telah menerima 35 ‘Like’, 0 ‘Share’ dan 2 komen di Facebook.

Lihat artikel asal di Facebook melalui pautan di sini.

Sejak dua menjak ni bila lepak minum dengan kawan, aku sebaik mungkin elak sembang bab politik.

Sejak dua menjak ni bila lepak minum dengan kawan, aku sebaik mungkin elak sembang bab politik.

Bukan pasal apa, sebab nak elak daripada perbalahan tak perlu.

Bila bersembang dengan orang yang boleh bawa bincang, senang.

Tapi kalau duduk dengan orang yang rasa semua maklumat yang dia ‘ada’ itu dah tepat dan paling maksum, payah deh.

Jangan lupa, wartawan ni masuk banyak tempat, mana-mana puak punya baik, kita tahu, dan benda buruk pasal dia pun kita tahu.

Cuma kau dah cukup sedia ke nak pecahkan berhala dalam otak kau itu?

Kalau belum, kita sembang pasal bola cukuplah.

Arsenal seri semalam lawan Atletico Madrid. Harapnya minggu depan tolonglah menang. Kalau seri habislah harapan nak menang Europa League.

Musnah juga harapan nak masuk Champions’ League musim depan.

Dan semoga Arsene Wenger dapat bersara dengan piala di tangan.

Sekian.

Ali Imran
Wartawan Awam

x x x

Sehingga 8 Ogos 2018, post ini telah menerima 83 ‘Like’, 3 ‘Share’ dan 27 komen di Facebook.

Lihat artikel asal di Facebook melalui pautan di sini. 

Janganlah kau marah bila ada parti politik guna isu yang mereka suka untuk kepentingan mereka.

Janganlah kau marah bila ada parti politik guna isu yang mereka suka untuk kepentingan mereka.

Memang itulah namanya politik. Usaha mendapatkan sokongan massa tanpa mengira cara.

Struktur sistem demokrasi itu sendiri mencipta ruang permainan sentimen mengatasi fakta.

Apa yang penting adalah buat pengundi rasa teruja atau marah atau benci sehingga mereka buat sesuatu keputusan yang diingini oleh sang pembuat propaganda.

Di saat ramai yang puji demokrasi beri hak kepada rakyat membuat keputusan, tidak boleh dinafikan elemen permainan emosi juga adalah satu daripada keburukan sistem sang Roman ini.

Lalu ada yang kata, “sebab itulah kita kena ajak berhujah. Biar rakyat memilih atas dasar fakta…”

Yinnadei, cuba kau perhati kempen politik di negara mana pun di dunia ini, mana yang pakai fakta?

UK dengan faktor sentimen dapat undi Brexit, USA dapat Trump, Perancis dapat Marcon, Filipina dapat Duterte.

Sedangkan dalam sistem demokrasi yang sudah berumur lebih 200 tahun pun, rakyatnya masih mengundi guna emosi.

Inikan Malaysia yang baru setahun jagung umur demokrasinya.

Jadi memang sengaja parti-parti politik gunakan cara berapi, burukkan parti dan calon lawan, tabur cerita palsu, main elemen ketuhanan.

Sebab yang lebih ramai dalam kalangan pengundi ni bukannya orang macam kau yang bijak-bijak yang baca post aku ini.

Tapi orang yang mahu gejolak jiwanya dipuaskan oleh sesiapa yang mampu memberi.

Ali Imran
Wartawan Awam

x x x

Sehingga 8 Ogos 2018, post ini telah menerima 76 ‘Like’, 6 ‘Share’ dan 9 komen di Facebook.

Lihat artikel asal di Facebook melalui pautan di sini.

Jasamu dikenang, Arsene Wenger.

Sumber gambar – https://www.pinterest.co.uk/amp/pin/516014069781688361/

Jasamu dikenang, Arsene Wenger.

Terima kasih kerana menunjukkan jalan kebenaran ajaran bola sepak kepada aku.

Ali Imran
Wartawan Awam

x x x

Sehingga 8 Ogos 2018, post ini telah menerima 28 ‘Like’, 0 ‘Share’ dan 5 komen di Facebook.

Lihat artikel asal di Facebook melalui pautan di sini.

JANGAN DATANG KEDAI INI !!!

Ada ke patut sepinggan begini RM 3 sahaja?

 

Pilihan ulam yang menggiurkan.

 

Lauk pauk pun ada.

 

Zoom out sikit.

 

Stail kampung.

 

Air kelapa bayar asing. Nasi tu RM 3 sahaja.

 

Air percuma untuk sesiapa yang haus. Disediakan air, cawan dan kanopi untuk berlindung daripada terik mentari.

 

JANGAN DATANG KEDAI INI !!!

Warong Kita, lebih dikenali sebagai Warong Abuya di Jalan Maktab, Tanjung Malim adalah lokasi makan tengah hari wajib jika singgah di bandar ilmuan ini.

Aku di sini sebab ada temubual dengan Naib Canselor UPSI pukul 2.00 petang nanti.

Sengaja aku naik ETS, santai dan dapat lihat masyarakat.

Atas saranan Zamri Mohamad aku cari lokasi kedai ini. Guna Google Maps sahaja pun jumpa.

Rupa-rupanya jarak kedai hanya sepelaung dari stesen KTM. Kalau jalan kaki, tak sempat nak berpeluh pun.

Landmark untuk ke sini adalah Balai Bomba Tanjung Malim.

Kedai terletak betul-betul sebelah balai, belakang stesen TNB, berdepan dengan ‘ramp’ jejantas melintas landasan KTM.

Sebagai peminat sayur, kedai ini dapat 80 markah daripada aku.

Pilihan pelbagai ulam dan sayuran cukup untuk membuat aku tak pandang segala ikan, ayam dan entah macam-macam makhluk lagi yang dijual.

Suasana kedai memang macam makan di rumah kita di kampung. Tuan kedai jaga anak di kedai siap ada buaian lagi.

Di tepi kedai mereka tanam pelbagai jenis ulam-ulaman dan pokok hiasan.

Tuan kedai pun ramah. Dia perasan aku orang luar lantas datang bertegur sapa.

Lalu mengapa dengan segala pujian ini, aku tulis ‘jangan datang kedai ini’, siap ada tiga tanda seru lagi di tajuk artikel?

Sebab harga juadahnya..AMAT MURAH!

Maksud aku, murah sampai aku sendiri tak sampai hati nak bayar harga makanan sepinggan penuh aku.

Nasi, sayur bayam, tempe kacang panjang, bendi tiga batang dan tiga biji cili padi – harganya cuma RM3!!!

Rasa macam salah dengar, aku tanya sekali lagi. Waktu bayar, macam rasa bersalah pun ada sebab murah sangat.

Kicap pula, guna kicap kipas udang. Bukan kicap-kicap murah woih!

Yang paling aku takjub adalah pemilik kedai ini bermurah hati letak satu tong air sejuk di tepi jalan.

Disediakan air, cawan dan kanopi untuk berlindung daripada terik mentari.

Sesiapa sahaja yang lalu dan merasa dahaga, dipersilakan minum tanpa sebarang bayaran.

Benda baik macam ini, jarang kita nak dapat jumpa dalam keadaan masyarakat hari ini.

Enough said, marilah bantu sebarkan tentang kebaikan kedai ini.

Tekan butang ‘SHARE’, okay!

Sambil itu, jamulah mata dengan gambar-gambar di bawah.

UPDATE: Kedai ini ada page FB — https://www.facebook.com/kateringabuya/

Ali Imran
Wartawan Awam

x x x

Sehingga 8 Ogos 2018, post ini telah menerima 216 ‘Like’, 89 ‘Share’ dan 68 komen di Facebook.

Lihat artikel asal di Facebook melalui pautan di sini.

Di suatu negara yang letaknya di atas Pentas Sunda, sedang berlaku pemilihan siapakah yang bakal memegang tampuk pemerintahan.

Di suatu negara yang letaknya di atas Pentas Sunda, sedang berlaku pemilihan siapakah yang bakal memegang tampuk pemerintahan.

Beberapa sosok mencuba nasib mereka. Setiap mereka punya asbab merasakan merekalah yang paling layak memerintah.

Negara Tenggara sudah lama merdeka daripada tangan-tangan VOC dan EIC. Negaranya makmur, bertumbuh pesat setiap hari.

Namun manusia tetap tidak pernah puas. Rakyat negara Tenggara sentiasa mencari sebab dan alasan untuk mengatakan negara mereka terburuk di dunia.

Bila ada yang ke negara Jimur dan lihat orang-orang di sana amat berdisiplin, rakyat negara Tenggara akan keji negara sendiri.

Bila lihat pedidikan percuma di Binland, sekonyong-konyong rakyat Tenggara membakul sampahkan bayaran tidak sampai nilai nota kertas ungu yang mereka bayar.

Sambil rakyat Tenggara memaki negara sendiri, rakyat-rakyat dari Hindonesia, Mangladesh, Byanmar, Dhailand, Vohingya dan orang Arab terbuang sanggup menngadai nyawa demi mencari kehidupan selesa di tanah Tenggara.

Tanda syukur kepada rezeki Tuhan kepada mereka, dikerjakannya tanah ini sesungguh mungkin.

Kerjaan tanah itu mendatangkan hasil. Lalu hasil itu dibuat modal pusing untuk menambah kerja kepada tanah, lalu ia terus memberi hasil.

Daripada jual karpet mereka kini buka mini market, restoran dan terbaharu mereka tapau habis jualan di Lazadan, Shopeeng dan 12veStreet.

Sambil semua aktiviti ekonomi ini berlaku, rakyat Tenggara masih meratap meratib keburukan negara sendiri di laman maya pencuri data bernama Restbook, Congstagram dan Uwekter.

Daripada 24 jam yang ada sehari, 8 jam mereka hidup di Restbook. Kalau tidak di telefon tangan, mereka muncul melalui desk dan lap-top milik syarikat tempat mereka mencari rezeki.

Kembali kepada cerita, pada waktu ini, majoriti rakyat Tenggara sibuk memikirkan siapa yang akan dipilih menjadi Bendahara nanti.

Setakat ini ada dua calon popular iaitu Hang Timbang dan Hang Bunga. Pilihan kurang popular adalah Hang Bulan dan Hang Genggam.

Hang Bunga asalnya tok guru kepada Hang Timbang tetapi sebab Hang Timbang tak mau ikut cakap, dia pun merapatkan diri dengan Hang Mata, Hang Roket dan Hang A.

Pendek cerita, sang Raja pun dah naik rimas. Rakyat jelata ini semakin hari semakin tidak tenteram.

Macam mana nak tenteram? Geng sokonng Hang Bunga dan Hang Timbang bertarung siang dan malam.

Tak kiralah sama ada di gerai minum, dalam Restbook mahupun sambil mengebumikan mayat, sambil tutup liang lahat, sempat mereka berbahas.

Segala tuduhan melulu, fakta ciptaan ala mi segera, maki-memaki semuanya ada.

Meja-meja minum sudah banyak yang patah kerana tidak tahan ditepuk tanpa henti. Kerusi sudah banyak menjadi burung yang berterbangan di angkasa.

Bapak dan anak tidak sehaluan lagi. Grup Kossap keluarga ramai yang ‘left group’ sebab asyik-asyik ada orang forward ‘info’ yang katanya ‘dari bilik sebelah’.

Jadi sang raja akhirnya buat perintah. Siaran akhbar ke seluruh pelusuk negara.

Semua rancangan TV baik drama Suamiku Encik Stokin, Hiburan Minggu Lalu mahupun filem Tamil Sayadappa semuanya dihentikan seketika.

Radio-radio juga sama. Hos-hos yang buat lawak dan gelak sendiri semua diperintahkan benam kepala dalam pasir.

Restbook, Congstagram mahupun Uwekter semuanya di’block’ SKMT buat sementara.

Lalu tiba saat yang dinanti. Sang Raja melangkah ke rostrum bercecah jata negara.

Jelas dapat dikira jumlah belang pada badan dua ekor harimau itu. Siap boleh buat pickup line pula.

“Rakyatku sekalian” titah Sang Raja.

“Beta faham semua orang bertukus lumus nak naikkan calin pilihan mereka ke jawatan Bendahara beta. Tetapi keadaan semakin jadi tak terkawal.”

“Beta mahukan Bendahara yang boleh buat kerja. Yang positif. Yang berakhlak mulia. Yang jujur. Yang adil kepada rakyat semua.”

“Justeru selepas memikirkan semasak-masaknya, beta memutuskan untuk menggubal cara berkempen bagi semua calon dalam pemilihan ini.”

“Barangsiapa yang ingkar, mereka akan automatik ‘disqualified’ dan pihak lawan mereka akan menang percuma jawatan Bendahara itu.”

Sang Raja berhenti sekejap. Diteguk air mineral di depan mata.

“Kepada calon-calon Bendahara iaitu Hang Timbang, Hang Bunga, Hang Genggam dan Hang Bulan serta semua calon-calon lain yang beta tak sebut seperti Hang Kelapa dan sebagainya,

Mulai saat ini anda semua diharamkan daripada mengeji pihak lawan.”

Lantas semua hang yang hadir tersentak. Kalau mereka tak boleh kutuk pihak lawan, macam mana mereka nak guna taktik politik kebencian untuk memenangi undi?

“Beta titahkan semua calon Bendahara hanya boleh berkempen dengan cara memuji pihak lawan. Barang siapa yang paling banyak memuji, orang itulah yang beta akan perkenan menjadi Bendahara yang baharu, walaupun bagi Hang Bunga dahulu dah puas dah 22 tahun jadi Bendahara kan…”

Hang Bunga mengangguk. Fakta itu tidak dapat disangkal. Walaupun sudah tua Hang Bunga merasa dia masih kuat untuk berkhidmat. Jadi dia bertanding lagi.

“Titah ini juga terpakai kepada seluruh rakyat jelata. Sesiapa yang ingkar, beta beri kuasa penuh kepada hulubalang untuk tampal mulut mereka dengan selotep,” titah Sang Raja lagi.

Sebaik siaran langsung itu tamat, Hang Bunga memerhatikan Hang Timbang. Hang Timbang membalas tenungan Hang Bunga.

Dari mata turun ke hati. Barulah mereka berdua terkenang pengalaman indah mereka berdua suatu ketika dahulu.

Mata masing-masing sudah bergenang air. Tiba-tiba Hang Timbang bangun, berjalan ke arah Hang Bunga.

Mereka bersalaman, berpelukan erat ibarat sahabat yang sudah lama tak berjumpa.

“Hang Bunga, kau memang guru yang baik. Aku jadi pandai hari ini sebab didikan kau…” kata Hang Timbang.

“Hang Timbang anak muridku sayang, janganlah kata begitu. Aku bangga kau dapat amalkan segala yang aku ajar dahulu dan semoga kau juga nanti akan capai Visi2050 kau dengan adanya kereta terbang,” balas Hang Bunga.

Sekali lagi mereka berpelukan, diiringi esakan dan tangisan.

Bagi semua ‘hang’ lain yang hadir, mereka sudah mula nampak runtuhan impian di depan mata.

“Jual kacang putih ajalah kita….” ucap Yapfizi yang turut dikenali sebagai Hang Tuduh.

Sekian.

Ali Imran
Wartawan Awam

*cereka ini hanya rekaan. Tiada kaitan antara orang hidup, mati, dah nak mati mahupun mana-mana negara di dunia di Galaksi Bima Sakti ini

x x x

Sehingga 8 Ogos 2018, post ini telah menerima 134 ‘Like’, 30 ‘Share’ dan 64 komen di Facebook.

Lihat artikel asal di Facebook melalui pautan di sini.

Panduan Kempen Politik di MedSos – Tips Agung Wartawan Awam

Panduan Kempen Politik di MedSos – Tips Agung Wartawan Awam

1. Kempen di wall sendiri.

2. Nampak benda kau tak puas hati di wall orang, lawan dengan post juga (rujuk peraturan no.1), bukannya berbalah di ruang komen.

3. Keluarga lebih penting daripada anutan politik – maka janganlah berkempen di grup keluarga di FB/Whatsapp/Telegram/WeChat dan sebagainya.

4. Kalau berani maki anutan politik orang, jangan berhati tisu bila anutan kau dimaki.

5. Kau pertahankan Tun M ke, Najib ke, Hadi ke mahupun Lim Kit Siang…yang menanggung sakit adalah kau. Mereka sesama mereka relaks sahaja boleh pekena kopi bersama.

6. Semua ceramah politik, ada 70 peratus penipuan, 30 peratus sahaja benda benar.

7. Yang 30 peratus benda benar itu, adalah benda yang tak popular, sensasi dan benda yang kau hadap hari-hari pun.

8. Yang 70 peratus benda tipu itu biasanya datang dalam bentuk tuduhan, janji dan puji diri sendiri.

9. Guna ejaan penuh ketika menulis, orang yang cukup akal sahaja akan memberi respon dan hujahan elok.

Yang ejaan ‘aku’ jadi ‘aq’ pasti kau akan perasan hujahnya kualiti selipar jamban.

10. Sebenarnya, kau hanya diperalatkan mereka untuk dapatkan kuasa.

Maka terpulang kepada diri kau sendiri untuk mengizinkan diri kau menjadi alat mereka ataupun tidak.

Sekian.

Ali Imran
Wartawan Awam

x x x

Sehingga 8 Ogos 2018, post ini telah menerima 218 ‘Like’, 52 ‘Share’ dan 33 komen di Facebook.

Lihat artikel asal di Facebook melalui pautan di sini.

Jom perabih!

Jom perabih!

Henti minum air manis.

Hanya minum air kosong.

Kawal gula dalam badan.

Badan sihat otak cergas.

x x x

Sehingga 8 Ogos 2018, post ini telah menerima 55 ‘Like’, 0 ‘Share’ dan 11  komen di Facebook.

Lihat artikel asal di Facebook melalui pautan di sini.

Selamat Tinggal Dr. Tan Seng Giaw. Berehatlah.

Selamat Tinggal Dr. Tan Seng Giaw. Berehatlah.

Walaupun menang lapan kali berturut-turut kerusi parlimen Kepong, kini tiba masa kita ucapkan selamat tinggal kepada (bekas) Ahli Parlimen Kepong, Dr. Tan Seng Giaw.

Menang di Kepong sejak 1982, Dr. Tan menjadi kesayangan rakyat di parlimennya kerana sikap dan cara pembawakan dirinya.

Aku sempat temubual Dr. Tan sewaktu tempoh berkempen #PRU13. Beliau baru selesai ceramah di Brickfields, jam menunjukkan pukul 11.45malam.

Kerana tiada tempat duduk yang elok (lepas acara, orang sedang kemas dewan dan sebagainya) beliau dengan selamba cadang “di sini pun boleh'” sambil memandang bahu jalan betul-betul sebelah tempat kami berdiri.

Maka selama hampir satu jam, kami duduk di atas batu yang lebarnya mungkin satu per empat daripada saiz punggungku.

Di sekitar kami, orang ramai lalu-lalang menderu keluar, sesekali disuluh headlight kereta keluar masuk dan sekali-sekala ada yang menyapa beliau dan bersalaman.

“Gila cool orang tua ni,” getus hatiku.

Kami bincang macam-macam hal. Aku paling suka jawapan dia bila aku tanya macam mana dia menangi hati orang Kepong.

“I am not too worried (about election). All I want to focus is to do the same thing I have been doing since 1982 that is to continue serving the people.”

Menurut Dr. Tan, amat penting untuk seseorang Ahli Parlimen sentiasa dirasai kehadirannya oleh masyarakat.

Untuk itu, beliau ada cara unik.

“How do they (people) know that I am there? You know my car (Toyota Hilux), it has a loudspeaker at the back.”

“If I go to Kepong, everybody knows. I don’t have to speak, people will know by the presence of my car,” cerita beliau.

Dr. Tan akan pastikan kenderaannya ada semua jenis borang untuk bantuan masyarakat.

Bila dia lalu satu-satu tempat dan nampak ada ramai orang, dia berhentikan kenderaan, naik ke belakang Hilux, pasang pembesar suara dan dua akan uar-uarkan keberadaannya di situ.

Di saat itu juga kalau ada yang ada masalah, beliau bantu apa yang mampu dan majukan permasalahan itu kepada pihak berwajib.

Beliau guna teknologi untuk komunikasi dengan pengadu. Status aduan akan diberitahu menggunakan SMS.

Semua ini bukan dibuat lima tahun sekali, tetapi secara konsisten dari masa ke masa sepanjang memegang amanah.

Maka tidak hairanlah pada PRU 13, beliau menang besar dengan jumlah majoriti paling tinggi dalam sejarah dirinya iaitu dengan lebih 40,000 undi!

Di dalam DAP, Dr. Tan terkenal sebagai orang yang tidak takut bersuara terhadap barisan kepimpinan parti.

Sepanjang kekecohan melibatkan 1MDB, kita dapat lihat sendiri percanggahan pendapat antara beliau dengan Tony Pua.

Tony Pua menghentam pihak 1MDB manakala Dr. Tan mempunyai sudut pandang berbeza.

Keadaan ini amat menarik kerana kedua-dua mereka adalah orang kuat DAP dan kedua-duanya ada dalam Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

Situasi ini tidak menyenangkan parti.

Bukan setakat DAP, tapi mana-mana parti pun baik Umno atau PAS pasti tak akan senang duduk bila ada dua anggotanya saling bercakaran, dengan liputan media yang meluas, betul?

Pada Jun 2017, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng memberitahu pihak media bahawa Dr. Tan tidak dapat dihubungi parti sejak awal 2017. Bahasa Inggerisnya – ‘incommunicado’.

Dr. Tan dengan pantas membakul sampahkan tuduhan itu dengan berkata satu-satunya sebab beliau tidak dapat dibungi adalah bila sedang bercakap di telefon (engaged).

Tambah beliau, setiap panggilan telefon akan dijawab sambil mempersoal sejauh mana pihak parti cuba menghubunginyan adakah hanya dengan sekali panggilan telefon sahaja?

Seperti dijangka, parti DAP tidak lagi menyenaraikan Ahli Parlimen Kepong Dr. Tan Seng Giaw untuk mempertahankan kerusinya pada PRU14.

Apa sebab sebenarnya, aku tak tahu. Cuma banyak pihak melihat ia adalah akibat perbuatan Dr. Tan yang tidak sehaluan dengan parti.

Daripada sudut pandang berbeza, boleh jadi DAP mahu membariskan calon-calon yang lebih muda (Dr. Tan sudah lebih 70 tahun). Jadi tidak hairanlah perubahan di buat.

Lim Lip Eng akan bertanding di Kepong kali ini. Umurnya baru 45.

Maka aku ucapkan selamat berehat kepada Dr. Tan Seng Giaw. Terima kasih atas segala jasa selama 36 tahun ini.

Sesi temubual dengan Dr. Tan adalah antara sesi terbaik aku pernah lalui dan aku abadikan dalam buku ‘No PC No Jolok’.

Buku ini masih dijual, boleh hubungi pihak Thukul Cetak di talian 017-3632143 untuk pembelian dan penghantaran terus ke rumah anda.

Ali Imran
Wartawan Awam

Kredit gambar Dr. Tan – FreeMalaysiaToday

x x x

Sehingga 8 Ogos 2018, post ini telah menerima 1.3k ‘Like’, 377 ‘Share’ dan 194 komen di Facebook.

Lihat artikel asal di Facebook melalui pautan di sini.