JANGAN DATANG KEDAI INI !!!

Ada ke patut sepinggan begini RM 3 sahaja?

 

Pilihan ulam yang menggiurkan.

 

Lauk pauk pun ada.

 

Zoom out sikit.

 

Stail kampung.

 

Air kelapa bayar asing. Nasi tu RM 3 sahaja.

 

Air percuma untuk sesiapa yang haus. Disediakan air, cawan dan kanopi untuk berlindung daripada terik mentari.

 

JANGAN DATANG KEDAI INI !!!

Warong Kita, lebih dikenali sebagai Warong Abuya di Jalan Maktab, Tanjung Malim adalah lokasi makan tengah hari wajib jika singgah di bandar ilmuan ini.

Aku di sini sebab ada temubual dengan Naib Canselor UPSI pukul 2.00 petang nanti.

Sengaja aku naik ETS, santai dan dapat lihat masyarakat.

Atas saranan Zamri Mohamad aku cari lokasi kedai ini. Guna Google Maps sahaja pun jumpa.

Rupa-rupanya jarak kedai hanya sepelaung dari stesen KTM. Kalau jalan kaki, tak sempat nak berpeluh pun.

Landmark untuk ke sini adalah Balai Bomba Tanjung Malim.

Kedai terletak betul-betul sebelah balai, belakang stesen TNB, berdepan dengan ‘ramp’ jejantas melintas landasan KTM.

Sebagai peminat sayur, kedai ini dapat 80 markah daripada aku.

Pilihan pelbagai ulam dan sayuran cukup untuk membuat aku tak pandang segala ikan, ayam dan entah macam-macam makhluk lagi yang dijual.

Suasana kedai memang macam makan di rumah kita di kampung. Tuan kedai jaga anak di kedai siap ada buaian lagi.

Di tepi kedai mereka tanam pelbagai jenis ulam-ulaman dan pokok hiasan.

Tuan kedai pun ramah. Dia perasan aku orang luar lantas datang bertegur sapa.

Lalu mengapa dengan segala pujian ini, aku tulis ‘jangan datang kedai ini’, siap ada tiga tanda seru lagi di tajuk artikel?

Sebab harga juadahnya..AMAT MURAH!

Maksud aku, murah sampai aku sendiri tak sampai hati nak bayar harga makanan sepinggan penuh aku.

Nasi, sayur bayam, tempe kacang panjang, bendi tiga batang dan tiga biji cili padi – harganya cuma RM3!!!

Rasa macam salah dengar, aku tanya sekali lagi. Waktu bayar, macam rasa bersalah pun ada sebab murah sangat.

Kicap pula, guna kicap kipas udang. Bukan kicap-kicap murah woih!

Yang paling aku takjub adalah pemilik kedai ini bermurah hati letak satu tong air sejuk di tepi jalan.

Disediakan air, cawan dan kanopi untuk berlindung daripada terik mentari.

Sesiapa sahaja yang lalu dan merasa dahaga, dipersilakan minum tanpa sebarang bayaran.

Benda baik macam ini, jarang kita nak dapat jumpa dalam keadaan masyarakat hari ini.

Enough said, marilah bantu sebarkan tentang kebaikan kedai ini.

Tekan butang ‘SHARE’, okay!

Sambil itu, jamulah mata dengan gambar-gambar di bawah.

UPDATE: Kedai ini ada page FB — https://www.facebook.com/kateringabuya/

Ali Imran
Wartawan Awam

x x x

Sehingga 8 Ogos 2018, post ini telah menerima 216 ‘Like’, 89 ‘Share’ dan 68 komen di Facebook.

Lihat artikel asal di Facebook melalui pautan di sini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *