Kenapa belum ada tarikh PRU?

Kenapa belum ada tarikh PRU?

Makin ramai resah bila nak keluar tarikh. Nak susun jadual, nak tempak tiket pesawat, nak minta cuti dan sebagainya.

Marilah aku jelaskan beberapa sebab yang menyebabkan perkara ini.

1. Sebab belum semua DUN dibubarkan. Antaranya adalah Perak dan Pulau Pinang.

Pembubaran DUN akan membolehkan pilihan raya diadakan serentak untuk memilih calon di peringkat NEGERI (Dewan Undangan Negeri) dan PARLIMEN (Dewan Rakyat).

Pemilihan serentak akan melicinkan perjalanan proses demokrasi di kedua-dua tahap pemerintahan kerana

i. Memudahkan penganjur pilihan raya (Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia)

ii. Menjimatkan kos dan masa

iii. Memudahkan pemilih (pengundi) untuk menjalankan tanggung jawabnya (contoh kalau kena balik kampung, nak ambil cuti dan sebagainya)
[pesan aku – kalau ada parti politik tawarkan duit tambang atau duit minyak balik kampung, sebat aja tak kira belah mana, haha!]

Apa akan jadi kalau ada negeri yang tak mahu bubarkan DUN? Kalau keadaan terlalu mendesak, SPR jalan dahulu dengan negeri yang dah bubar.

Cuma kasihanlah kepada pengundi di negeri itu, tak pasal-pasal jadi dua kerja pergi mengundi.

2. SPR belum bermesyuarat

Di pihak SPR, mereka bertindak berdasarkan fakta.

Kalau baru keluar di akhbar menyatakan Menteri Besar atau Ketua Menteri menghadap Sultan atau Yang DiPertua Negeri untuk minta perkenan bubar DUN, itu tak kira.

Mereka perlukan dokumen rasmi dari setiap negeri yang mengesahkan perkara itu.

Ada dokumen, lengkap semuanya, SPR akan bermesyuarat untuk membuat penetapan tarikh-tarikh seperti penamaan calon, tempoh berkempen, tarikh mengundi awal dan tarikh mengundi biasa.

3. Tempoh kuasa SPR

Untuk makluman, SPR ada 60 hari daripada tarikh 7 April 2018 untuk selesaikan segala proses pilihan raya.

Jangan salah faham ya, dalam tempoh ini bukan SPR yang berkuasa sebagai kerajaan (running the country).

Tetapi dalam tempoh inilah mereka kena habiskan semua benda daripada penamaan calon sampailah keputusan pilihan raya.

Congak kasar, 7 April tambah dua bulan (+/- 60 hari) mereka ada sampai minggu pertama Jun.

Ertinya dalam seminggu sebelum raya, segala benda kepolitikan ini akan habis.

Melainkan ada benda luar jangka berlaku. Mana tahu pihak yang kalah nak buat jerayawara seluruh negara atau apa di bulan Syawal — terserahlah kepada perjuangan masing-masing.

– – –

Itu sahaja cerita pagi ini.

Kalau suka, tekan ‘Share’

Ali Imran
Wartawan Awam

*Eleh, belum keluar tarikh pun kau dah bayar kontraktor pasang bendera dan kain rentang kan? Tak nyempat-nyempat. Phuiii!

x x x

Sehingga 8 Ogos 2018, post ini telah menerima 200 ‘Like’, 41 ‘Share’ dan 42 komen di Facebook.

Lihat artikel asal di Facebook melalui pautan di sini.

BERITA BAIK!

BERITA BAIK!

Pre-Order Udang Galah Liar Sabah JUMBO (Gred A) dibuka sekarang.

Rombongan udang dijangka tiba pada bila-bila masa minggu hadapan.

Komen ‘Udang’ untuk saya PM tepi, atas, kiri dan kanan, haha!

Ali Imran
Wartawan Peniaga Udang

x x x

Sehingga 8 Ogos 2018, post ini telah menerima 31 ‘Like’, 0 ‘Share’ dan 9 komen di Facebook.

Lihat artikel asal di Facebook melalui pautan di sini.

Parlimen Bubar, Negara Tiada Perdana Menteri?

Parlimen Bubar, Negara Tiada Perdana Menteri?

Sejak semalam ramai yang tulis di FB, esok (merujuk kepada hari ini 7 April 2018) Najib bukan lagi PM sebab Parlimen sudah dibubarkan.

Itu tidak tepat.

Apabila parlimen dibubarkan, tugas-tugas mentadbir negara dijalankan seperti biasa.

Siapa yang buat?

Caretaker government atau dalam Bahasa Melayu kita sebut ‘kerajaan sementara’.

Kerajaan sementara ini, kedudukan dan fungsi tugas orang-orang di dalamnya adalah sama dengan kabinet sebelum ia dibubarkan.

Najib masih PM, Zahid masih TPM, KJ masih tall dark and handsome, begitulah.

Mereka akan jalankan tugas seperti apa yang termaktub dalam bidang tugas mereka.

Jika ada tetamu dari luar negara datang, mereka akan menyambut tetamu ini atas kapasiti jawatan mereka dalam caretaker government.

Maka janganlah ada yang melenting kalau ada laporan berita yang tulis ‘Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak pada hari ini sampai selesai #PRU14.

Walaupun di atas tadi dinyatakan kerajaan sementara menjalankan tugas seperti biasa, sebenarnya ada had-had perkara yang mereka tidak boleh buat semasa memegang kuasa seperti:

1. Membuat polisi baharu yang akan memberi kesan kepada kerajaan yang bakal dibentuk selepas selesai proses PRU yang bakal berlangsung.

2. Berbelanja ke atas sesuatu perkara baharu di luar perbelanjaan biasa kerajaan.

3. Membuat sesuatu pengumuman yang akan memberi kesan kepada kerajaan baharu yang bakal dibentuk selepas selesai proses PRU.

4. Menandatangani perjanjian atau kontrak besar bagi pihak pihak kerajaan

Perkara ini terguna pakai kepada kerajaan negeri juga, tak kisahlah negerinya negeri BN atau PH, sama sahaja.

Semoga semua yang menjalankan tugas sementara ini berjaya memegang amanah.

Semoga semua rakyat dapat memilih dengan fatonah.

Ali Imran
Wartawan Awam

x x x

Sehingga 8 Ogos 2018, post ini telah menerima 331 ‘Like’, 90 ‘Share’ dan 33 komen di Facebook.

Lihat artikel asal di Facebook melalui pautan di sini.

Hari ini:

Hari ini:

2.30 petang – Sidang akhbar ROS umumkan status PPBM di Putrajaya.

Pagi tadi – Mesyuarat tergempar Pakatan Harapan di Yayasan Perdana, Putrajaya.

[PEMBETULAN pada post awal tadi, aku tulis mesyuarat petang ini]

#dahdekatdah
#PRU14

x x x

Sehingga 8 Ogos 2018, post ini telah menerima 29 ‘Like’, 0 ‘Share’ dan 0 komen di Facebook.

Lihat artikel asal di Facebook melalui pautan di sini.

Mencari:

Mencari:

1. Anak muda yang baru nak mengundi kali pertama

2. Pemilih yang sudah lama mengundi tapi pada PRU sebelum ini tak mengundi dan baru nak mengundi pertama kali pada PRU14

Hubungi Ainul Huda segera.

x x x

Sehingga 8 Ogos 2018, post ini telah menerima 43 ‘Like’, 1 ‘Share’ dan 25 komen di Facebook.

Lihat artikel asal di Facebook melalui pautan di sini.

*Telefon berdering*

*Telefon berdering*

Imran: Assalamualaikum (nama pemanggil)

Beliau: Waalaikumussalam. Imran I nak cakap ni, udang you tu memang udang liar betul, really?

Imran: Yes sir. Bukan ternak. Sebab itu warba dia gelap.

Beliau: Roger that, but I have to say rasa dia memang puas hati. Isi dia, manis ada lain-lain memang eloklah.

Imran: Syukur…(dalam hati lega dan gembira sebab baru buat delivery Sabtu, Ahad dah dapat feedback elok).

Beliau: I nak repeat order lagi nanti boleh?

Imran: Boleh…

– – –

Begitulah kisah semalam bersama pelanggan Udang Galah Sabah yang ditangkap liar dari sungai.

Bukan bela, bukan ternak tetapi fresh from the freshwater orang kata, hahaha.

Masih ada sedikit lagi stok. Komen ‘Udang’ dan saya akan hubungi anda.

Ali Imran
Wartawan Udang…eh silap! Wartawan Awam penjual udang.

Ini lauk pelanggan yang telefon semalam.

 

Gred A. Kau tengok sepit dia…

 

Ini idea lain kalau nak buat bakar.

 

Daripada pelanggan lain. Agak tak ada idea, rebus pun jadi baahhhh…

 

x x x

Sehingga 8 Ogos 2018, post ini telah menerima 67 ‘Like’, 0 ‘Share’ dan 40 komen di Facebook.

Lihat artikel asal di Facebook melalui pautan di sini.