It is a mixed feeling to see DSN being searched like this.

It is a mixed feeling to see DSN being searched like this.

At first I felt a little joy thinking it will just be a passing visit but it didn’t. The raid lasted overnight and getting close to half of the day by now.

Part of me feels its a kind of inhumane but maybe for the police it is required to get the job done.

Ali Imran
Wartawan Awam

x x x

Sehingga 7 Ogos 2018, post ini telah menerima 160 ‘Like’, 1 ‘Share’ dan 92 komen di Facebook.

Lihat artikel asal di Facebook melalui pautan di sini. 

Pembebasan Anwar Ibrahim:

Pembebasan Anwar Ibrahim:

Live perjalanan dari hospital ke Istana Negara ke rumah : Bernama

Soalan PC pertama : TV3

Pujian media pertama : Malaysiakini

Eksklusif pertama: Awani

*Ambil kau puas hati semua dapat bahagian masing-masing.

Ali Imran
Wartawan Awam

x x x

Sehingga 7 Ogos 2018, post ini telah menerima 105 ‘Like’, 0 ‘Share’ dan 14 komen di Facebook.

Lihat artikel asal di Facebook melalui pautan di sini. 

“T” “A” “L” “I”

“T”
“A”
“L”
“I”

*sunyi*

“Apa bunyinya?” tanya cikgu Sarimah memecah kesunyian.

Budak lelaki itu diam. Kakinya semakin bergetar. Kepalanya tunduk memandang lantai.

“Dia tak reti baca,” bisik seorang kawan sekelas.

“Ha’ah. Dia tak reti baca rupanya,” sambut seorang lagi kawan.

Tidak sampai seminit, sok-sek-sok-sek kedengaran di seluruh kelas.

Baru mereka tahu ada kawan sekelas mereka yang tak pandai membaca rupanya.

Ketinggalan.

Tak pandai.

Cikgu Sarimah pantas sedar keadaan ini. Disuruhnya budak lelaki itu duduk.

Dia mengikut sahaja. Kesipuan.

Kelas diteruskan. Pelajar lain bergilir meratib abjad, kemudian disebut mengikut suku kata dan akhirnya disimpulkan mengikut bunyi kata penuh.

Budak lelaki tadi hanya mampu melihat. Beberapa rakan sekelas masih memandang padanya.

Suara bisikan sesama mereka masih kedengaran.

‘Kriiiiiingggg’, loceng berbunyi. Tanda tamat waktu kelas Bahasa Malaysia di kelas 1 Abu Bakar.

“Ali Imran, kamu ikut cikgu,” arah Cikgu Sarimah.

Budak lelaki itu ikut sahaja. Dia dibawa ke bilik guru.

Di situlah magis bermula.

Selama tiga jam, Ali Imran diberi kelas khas.

Bila guru lain mahu budak lelaki ini kembali ke kelas untuk subjek lain, semuanya di-veto-kan oleh Cikgu Sarimah.

Dalam tiga jam itu, Cikgu Sarimah periksa semula kepandaian Ali Imran mengenal huruf.

Kemudian disambung dengan pengenalan suku kata.

Kemudian diajar cara membaca bait-bait secara per kata.

Sampai hari ini Ali Imran masih ingat suasana dalam bilik guru itu.

Sehingga hari ini setiap kali Ali Imran membaca buku yang bertimbun dalam raknya, jasa Cikgu Sarimah dikenang sentiasa.

Hari ini, budak lelaki itu bukan sahaja membaca.

Bahkan dia menulis bahan untuk dibaca.

Semoga Cikgu Sarimah diberkati Tuhan dan diberikan kesihatan berpanjangan.

Membaca, bagi ramai orang hanyalah satu skil asas kehidupan.

Tapi bagi yang mendapatnya secara sukar, ia adalah rahmat yang dikenang selama masih bernafas.

Selamat Hari Guru.

Jasamu kami kenang selalu.

Ali Imran
Wartawan Awam

x x x

Sehingga 7 Ogos 2018, post ini telah menerima 148 ‘Like’, 4 ‘Share’ dan 16 komen di Facebook.

Lihat artikel asal di Facebook melalui pautan di sini.

Pagi – Mengadu berat naik.

Pagi – Mengadu berat naik.

Petang – Tolak motor dari Bernama sampai pulau Celcom. Motor tak boleh hidup.

Cepat betul ‘reward’ Tuhan kali ini.

Pelajaran – Jangan mengadu. Work out je diam-diam.

x x x

Sehingga 7 Ogos 2018, post ini telah menerima 101 ‘Like’, 0 ‘Share’ dan 9 komen di Facebook.

Lihat artikel asal di Facebook melalui pautan di sini. 

Sudah sudahlah, boi!

Sudah sudahlah, boi!

Ibarat rumah dah siap pahat berbunyi, inilah keadaan masyarakat Malaysia hari ini.

Kempen bagai nak rak sudah, bertikam lidah, bertikam kata, bermasam muka, unfriend FB, leave group whatsapp pun sudah.

Celup jari dalam dakwat sudah. Pangkah kertas undi pun sudah, tauk kertas dalam peti pun sudah.

Kira undi sudah, dapat keputusan pun sudah.

Kepimpinan negara berganti. Angkat sumpah Perdana Menteri jadi realiti.

Ibarat kereta – kunci dah dipulas, pemandu dah masuk gear, minyak sudah ditekan.

Kereta sudah berjalan.

Bagi yang menang, bergembiralah.

Yang kalah, terimalah.

Isu selamatkan negara dah selesai. Baik atau buruk pengakhirannya, kita nantikan kemudian.

Sekarang tiba masa untuk baiki segala kerosakan yang menjadi korban perang setiap diri kita.

Yang bermasam muka, kembalilah bertegur sapa.

Yang unfriend FB, berkawanlah kembali.

Yang leave group keluarga, group surau, group tadika anak dan sebagainya, masuklah kembali.

Kita ada banyak kerja nak dibuat. Kehidupan mesti dikembalikan ke era kita saling bersahabat dan tidak bermusuhan.

Kuncinya di mana?

Berhenti buat komentar politik. Itu sahaja.

Cukup-cukuplah dengan teori konspirasi.

Bersembbanglah tentang masa-masa dahulu yang kita ingat bersama. Waktu sama-sama nakal di sekolah, kena rotan dengan guru ngaji, dijerkah sebab ponteng sekolah untuk mandi sungai.

Rapatkanlah hubungan. Tengok-tengok anak kawan kita dah besar mana, sihat ke tidak dia, cukup makan atau tidak dia dan anak-anak.

Ingatilah Tuhan. DIA Maha Kuasa menautkan kembali hati-hati yang sudah jauh dan sepi. DIA Maha Pemberi rahmat kepada komuniti.

Move on, bradah!

It is time for better Malaysia.

*sebarkan*

Ali Imran
Wartawan Awam

x x x

Sehingga 7 Ogos 2018, post ini telah menerima 328 ‘Like’, 51 ‘Share’ dan 30 komen di Facebook.

Lihat artikel asal di Facebook melalui pautan di sini.

Ia adalah proses. Bukan dilewat-lewatkan.

Ia adalah proses. Bukan dilewat-lewatkan.
– – –
Timeline:

10 Mei 2018:

1.38 petang – Istana Negara terima surat daripada komponen PH menyokong perlantikan Tun M sebagai PM ke-7.

2.45 petang – Istana Negara terima keputusan rasmi PRU 14 daripada SPR.

5.00 petang – Selepas mengesahkan dokumen-dokumen, YDP Agong mengadakan pertemuan dengan pemimpin empat parti komponen PH iaitu DS Wan Azizah, TS Muhyiddin Yassin, Lim Guan Eng dan Mohamad Sabu

Selepas menemubual kesemua mereka, YDP Agong menjemput Tun M untuk membentuk kerajaan dan mengadakan perlantikan Tun M sebagai Perdana Menteri ketujuh pada pukul 9.30 malam ini.

6.48 petang – Pertemuan tamat.

9.30 malam – Istiadat perlantikan Tun M sebagai Perdana Menteri ketujuh Malaysia.

– – –

Istana Negara menafikan sebarang tuduhan mengatakan YDP Agong sengaja melewat-lewatkan proses perlantikan ini.

Sekian

Ali Imran
Wartawan Awam

x x x

Sehingga 7 Ogos 2018, post ini telah menerima 610 ‘Like’, 373 ‘Share’ dan 68 komen di Facebook.

Lihat artikel asal di Facebook melalui pautan di sini.

Mengapa Perlu Burukkan Istana?

Mengapa Perlu Burukkan Istana?
– – –

Ya, anda telah menang.

Tapi janganlah tuduh istana macam-macam.

Nak serah anak perempuan kahwin pun kita perhati habis bakal calon suaminya,

Inikan pula nak serah tampuk kepimpinan negara, mestilah nak kena pastikan semua benda terjaga.

Biar aku jawab beberapa kekeliruan yang menular masuk ke telefon pintar anda.

1. Tuduhan Yang DiPertuan Agong tidak ada dalam negara – – PALSU.

YDP Agong sendiri pun bersengkang mata sampai lebih daripada pukul 3 pagi tadi.

Bila sudah rasmi keputusan PRU keluar dan PKR (rujuk nama parti bertanding) dapat jumlah kerusi tertinggi, baginda perintah Kak Wan datang menghadap.

Kenapa?

Sebab secara sah, Kak Wan adalah Pengerusi PKR.

Dan secara sah, yang bertanding adalah PKR.

Kalau perasan waktu Tun M buat press conference pukul 3.00 pagi tadi, Kak Wan tak ada. Kenapa?

Sebab beliau di istana!

[tambah info] Aku sendiri yang berkomunikasi dengan team Kak Wan yang ke istana malam tadi. Sebab itu aku tahu.

2. Kononnya Raja-raja tak mahu Tun M jadi PM.

Aku tak tau siapa mulakan benda ini tapi kalau dia kena tangkap, aku doa dia kena hukum cukup-cukup.

Akibat tuduhan ini, ada pihak yang sampai buat petisyen dalam talian desak istana terima Tun M.

Pada mata aku yang tak sepandai kau orang, ini hujah aku.

Kenapa belum angkat sumpah?

Jawapanya – The legality process. The procedure.

Dalam real politic, ‘mengaku’ sebagai geng/coalition berbanding legally binded as coalition has such a huge impact.

Atas kertas, secara sah tiada parti yang dapat simple majority. Some people call it as ‘hung government’.

PKR dapat 104 kerusi. DAP dapat 9 kerusi. Walaupun kita fahami DAP yang bertanding di Sarawak guna nama DAP itu adalah sebahagian daripada PH, tetapi PH itu sendiri tidak wujud secara legal sebagai sebuah pakatan politik.

Aku yakin Tun sedar perkara ini, sebab itu tadi dalam press confrence beliau maklumkan semua MP PH sudah tanda tangan deklarasi kesepakatan mereka dan persetujuan mereka mengangkat Tun M sebagai PM.

Aku tak tahu sejauh mana istana akan terima deklarasi ini sebagai sandaran yang reliable sebelum memutuskan untuk menyerah tampuk pemerintahan kepada Tun M sebagai PM.

Tindakan yang lebih baik adalah (since PH is already in power) desak ROS luluskan permohonan koalisi mereka dan banyak perkara akan jadi mudah selepas itu.

Bolehkah PH buat begitu? Aku rasa boleh. Malam tadi Tun dah arahkan KSN umumkan cuti umum, betul? Same thing applies.

Malangnya hari ini dan esok cuti umum. ROS pun cuti.

Pokoknya, istana perlu hati-hati. Every petty matters need to be ensured thoroughly.

Jangan bila dah lantik PM tiba-tiba ada pula MP yang pusing 90 darjah atau 180 darjah mencabar perlantikan itu. Lagi kacau nanti.

– – –

Jangan ingat sultan-sultan itu tak tahu apa-apa.

Biarkan mereka buat kerja mereka.

Ingat! Antara persepsi buruk orang terhadap PH adalah dilabel sebagai anti istana.

Kalau orang PH sayangkan kemenangan ini, jaga perangai. Buktikan tuduhan itu salah.

Kalau baru hari pertama orang dah nampak PH macam nak ‘langgar’ istana, PH akan rugi in the long run.

Sekian.
Ali Imran
Wartawan Awam

[UPDATE]

Ia adalah proses. Bukan dilewat-lewatkan.
– – –
Timeline:

10 Mei 2018:

1.38 petang – Istana Negara terima surat daripada komponen PH menyokong perlantikan Tun M sebagai PM ke-7.

2.45 petang – Istana Negara terima keputusan rasmi PRU 14 daripada SPR.

5.00 petang – Selepas mengesahkan dokumen-dokumen, YDP Agong mengadakan pertemuan dengan pemimpin empat parti komponen PH iaitu DS Wan Azizah, TS Muhyiddin Yassin, Lim Guan Eng dan Mohamad Sabu

Selepas menemubual kesemua mereka, YDP Agong menjemput Tun M untuk membentuk kerajaan dan mengadakan perlantikan Tun M sebagai Perdana Menteri ketujuh pada pukul 9.30 malam ini.

6.48 petang – Pertemuan tamat.

9.30 malam – Istiadat perlantikan Tun M sebagai Perdana Menteri ketujuh Malaysia.

– – –

Istana Negara menafikan sebarang tuduhan mengatakan YDP Agong sengaja melewat-lewatkan proses perlantikan ini.

Sekian

Ali Imran
Wartawan Awam

x x x

Sehingga 7 Ogos 2018, post ini telah menerima 6.5k ‘Like’, 2.8k ‘Share’ dan 796 komen di Facebook.

Lihat artikel asal di Facebook melalui pautan di sini.

RASMI SPR:

RASMI SPR:

PRU14: Keputusan penuh:

BN – 79
PAS – 18
PKR – 104
DAP – 9
Parti Warisan Sabah – 8
Parti Solidariti Tanah Airku – 1
Bebas – 3

Maka:

PKR (104) + DAP (9) + Warisan (8) + Bebas (1) = 122
BN = 79
PAS = 18
BEBAS = 2
PSTA = 1

Sekian.

Ali Imran
Wartawan Awam

x x x

Sehingga 7 Ogos 2018, post ini telah menerima 154 ‘Like’, 8 ‘Share’ dan 23 komen di Facebook.

Lihat artikel asal di Facebook melalui pautan di sini.