Satu-satunya malam yang daddy tak menyesal tak keluar ke mamak untuk tengok bola adalah pada malam itu.

Satu-satunya malam yang daddy tak menyesal tak keluar ke mamak untuk tengok bola adalah pada malam itu.

Sebab itulah malam terakhir daddy dapat tukar lampin kamu.

Di waktu pagi, daddy lambai kamu pergi.

Tanpa mengetahui itulah lambaian terakhir kita.

Petangnya, dapat khabar ada sesuatu tak kena pada kamu, diikuti berita pemergian kamu buat selamanya tidak lama selepas itu.

Bedahan doktor tak jumpa apa-apa punca, lalu kamu dikategorikan Sudden Infant Death Syndrome (SIDS).

Tidak mengapa. Kamu pergi dahulu potong giliran daddy.

Bak kata M entor, jangan dirisaukan keadaan kamu. Tambah beliau, kamu sedang gembira bermain-main di atas sana.

Jaga diri, Aryaan Hafizh. Jaga juga anak-anak lain yang naik ke langit terlalu awal berbanding ibubapanya.

Aryaan Hafizh, 3 Dis 2011 – 13 Jun 2012.

6 bulan 10 hari.

Jumpa lagi.

Ali Imran
Wartawan Awam

p.s – Ini kisah enam tahun lalu.

x x x

Sehingga 7 Ogos 2018, post ini telah menerima 345 ‘Like’, 2 ‘Share’ dan 31 komen di Facebook.

Lihat artikel asal di Facebook melalui pautan di sini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *