Nasihat kepada menteri dan timbalan menteri yang bakal dilantik.

Nasihat kepada menteri dan timbalan menteri yang bakal dilantik.
– – –

Tanggal 2 Julai nanti kita bakal saksikan perlantikan menteri dan timbalan menteri baharu bagi mengisi tampuk pemerintahan negara.

Sehingga saat ini masih belum ada kenyataan rasmi senarai kementerian yang akan beroperasi di bawah kerajaan PH.

Ertinya kita belum tahu kementerian mana yang kekal, mana yang digabung dan mana yang dibubar.

Tetapi yang pasti tampuk pemerintahan pusat ada semua maklumat ini. Kenapa dirahsiakan kita tak tahu.

Si empunya diri pun pasti sudah tahu posisi diri masing-masing. Ertinya bukan perlantikan mengejut, terkejut atau tak disangka-sangka.

Ertinya di pihak diri sendiri sudah boleh mula buat persiapan. Jadi post ini akan berguna kepada anda.

Tak kiralah siapa pun yang bakal jadi menteri dan timbalan menteri, inilah nasihat aku:

1. Bina PASUKAN media diketuai Setiausaha Akhbar.

Pasukan media tau, bukan setakat seorang pegawai media.

Menteri wajar bincang dengan tim media sebelum membuat sesuatu kenyataan.

Keputusan memang ada di tangan anda wahai pak menteri tetapi cara menyampaikan maksud hati anda, itu yang perlu bantuan SUA.

SUA akan bantu elak anda menyampaikan sesuatu maklumat dengan cara yang boleh mengelirukan audien.

SUA juga perlu kerjasama rapat dengan Unit Komunikasi Korporat kementerian masing-masing.

Hubungan rapat ini akan melancarkan semua urusan. Percayalah.

Percaya SUA anda. Percayalah dia.

Di bawah beliau diletakkan segala jentera media baik dalam talian atau tradisional.

SUA akan pastikan semua info yang akan disalurkan baik daripada diri atau kementerian anda dilaksanakan dengan teratur dan tanpa ‘overlap’ fungsi dan konten.

Oh ya, masukkan sekali penterjemah dalam pasukan ini supaya boleh buat kenyataan media pelbagai bahasa.

2. Kaji isu utama berkaitan kementerian yang anda kepalai.

Ramai yang puji Anthony Loke kerana di hari pertama melapor diri dia dah cakap pasal isu sebenar dan bukan hanya “saya akan siasat skandal-skandal lama” atau “saya masih menunggu laporan dari pihak pengurusan”.

Jadi contohilah dia. Dari sekarang dah kaji isu.

Nanti masuk pejabat, barulah nampak gagah dan terampil!

3. Tenang

Gelagat Menteri Pertahanan kita iaitu ‘Abang Mat’ a.k.a ‘Mat Sabu’ cukup menyenangkan semua.

Pada hari pertama melapor diri dia ada buat silap sebab tak berhenti beri penghormatan kepada panji-panji.

Tapi dia tak melatah atau pertahankan diri, dia akui kesilapan dan minta maaf.

Pada hari pertama orang tanya perasaan dia, selamba sahaja dia mengaku ‘nervous’.

Jadilah diri anda. Pegang jawatan besar mestilah ada pelbagai perasaan bercampur, kami faham.

Hari pertama, relax-relax sahaja boh!

4. Ambil masa.

Walaupun tadi aku kata kena kaji isu sebelum masuk pejabat, pasti ada sahaja isu yang luar jangka atau luar pengetahuan sebab kita belum pegang kuasa.

Jadi dalam seminggu dua pertama ini ambil masa duduk dengan pasukan pengurusan dan selami segala isu.

Dengan cara itu kita akan dapat elak daripada buat kepurusan terburu-buru yang mungkin kita terpaksa tarik balik kemudian.

Elak daripada buat kita nampak tak konsisten dalam keputusan atau dalam bahasa orang putih, ‘flip flop’.

Kami sanggup tunggu. Jangan risau.

5. Jangan tunduk kepada tekanan.

Memang akan ada banyak pihak akan beri tekanan untuk dapat jawapan segera kepada isu yang mereka bangkitkan.

Baik wartawan, baik lobby groups mahupun orang awam, semua nak dapatkan perhatian anda segera.

Jadi kalau memang anda tak ada jawapan kepada sesuatu isu, kawab sahaja “saya belum ada jawapan” macam yang dibuat Menteri Kesihatan, Dr. Dzulkefly baru-baru ini.

Jangan nanti kerana jawapan tergesa-gesa kita, seluruh kementerian jadi mangsa sebab nak penuhi kehendak jawapan separuh masak kita.

Tekanan pasti akan terus datang, tetapi kitalah yang perlu saring mana satu tekanan yang ‘genuine’ dan mana satu tekanan yang ada kepentingan diri.

– – –

Cukuplah lima pesanan dahulu. Semoga bermanfaat ya.

Ali Imran
Wartawan Awam

Tidak diizinkan ‘copy-paste’. Hanya perkongsian melalui butang ‘SHARE’ direstui.

x x x

Sehingga 3 Ogos 2018, post ini telah menerima 199 ‘Like’, 23 ‘Share’ dan 22 komen di Facebook.

Lihat artikel asal di Facebook melalui pautan di sini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *