Tentang Agama dan Kesatuan Manusia.

Tentang Agama dan Kesatuan Manusia.

Di Malaysia ini, pertarungan agama memang tak pernah berkesudahan.

Baik penentangan antara agama mahupun di antara segmen-segmen dalam agama, pasti ada sahaja titik panas yang timbul dari masa ke masa.

Ada kalanya sentimen yang bermain dalam masyarakat kita ini menjadi besar dek kerana salah kita sendiri.

Bila sahaja ada orang seru kata-kata seperti ‘si polan ini sesat’, ‘si polan ini musuh agama’ dan sebagainya, entah kenapa mudah sahaja kita percaya.

Sedangkan dalam Al-Quran (bagi orang Islam) sudah ada ayat menyatakan ‘bila datang satu berita, siasatlah’.

Dalam ayat lain pula menyatakan ‘janganlah kamu buat sesuatu tanpa pengetahuan sebab kelak Allah akan meminta kamu bertanggung jawab atas perbuatan itu’.

Bagi kitab-kitab suci lain seperti Perjanjian Lama, Perjanjian Baru, Bhagvan Geeta dan Tipitaka juga ada menyatakan hal ini tapi aku bukan pakar, jadi tak mahulah aku mengulas terlalu mendalam.

Kawan-kawan,

Apa sahaja dakyah yang datang sebenarnya takkan mampu merosakkan kita, anak-anak kita mahupun masyarakat kita.

Tapi ia datang dengan syarat.

Syaratnya ialah kita mesti mempunyai pemahaman tinggi terhadap apa yang kita aqidahkan.

Kalau kita orang Islam, sudahkah kita memahami isi kandungan Al-Quran? Ramadan baru selesai, pasti ramai yang berjaya khatam bacaan arabnya.

Tapi alangkah baiknya kalau disulami Syawal ini dengan bacaan Melayu/Inggerisnya pula.

Biar kita faham apa yang kita baca, barulah hebat, kan!

Percayalah bila anda baca maksud ayat-ayat suci pasti anda akan melalui fasa-fasa terkejut dengan kata-kata Allah.

Baru terasa yang Allah berkata-kata dengan kita melalui ayat.

Bila kita pandai jagan simpan pada diri sendiri sahaja. Kuatkan pemahaman isteri dan anak-anak juga.

Pembinaan struktur masyarakat bermula dengan institusi keluarga.

Di banyak negara barat institusi keluarga sudah runtuh lantas menyebabkan pelbagai masalah sosial.

Kepada rakan-rakan yang agamanya Kristian, Hindu, Buddha, Jain, Sikh dan sebagainya – seruan aku sama iaitu,

Bacalah kitab anda.

Lagipun maksud ‘a-gama’ itu pun bererti ‘tidak kacau’ atau ‘aman’ daripada bahasa Sanskrit.

Manusia tidak menjadi kacau bila mampu hidup aman dalam satu komuniti, saling menerima keadaan silang budaya atau kepercayaan.

Hanya dengan cara itulah baru hati kita semua dapat disatukan.

Sekian.

Ali Imran
Wartawan Awam

Nota: Tidak diizinkan copy-paste. Gunakan butang share untuk berkongsi post ini ya!

x x x

Sehingga 31 Julai 2018, post ini telah menerima 48 ‘Like’, 8 ‘Share’ dan 7 komen di Facebook.

Lihat artikel asal di Facebook melalui pautan di sini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *