“Ramai betul yang tidak mahu riak tapi tanpa sedar, buat ramai orang gigit jari,”

 

“Ramai betul yang tidak mahu riak tapi tanpa sedar, buat ramai orang gigit jari,” ucap abang kontraktor semeja dengan aku.

Sedang tunggu makanan, aku tumpang duduk semeja geng pekerja tapak pembinaan. Semua pakai vest oren, helmet diletak atas meja.

Aku scroll Facebook. Tiba-tiba salah seorang menyapa,

“Kawan-kawan kau ke tu?”

“Ha’ah,” aku jawab.

“Dia ada ajak kau pi open house rumah dia?” soal beliau lagi merujuk gambar yang terpapar di skrin, deretan makanan dan orang-orang yang hadir.

“Takda, bukan kenal sangat pun,” jawab aku.

“Aku bukan nak kata apalah. Waktu nak buat open house pandai ajak kaum kerabat yang dia nak sahaja. Tak semua orang tahu. Takut tak cukup makananlah apalah…”

“Tapi bila dah selesai open house baru nak tayang gambar di FB kata terima kasih pada yang datanglah. Orang yang tak tahu ada open house pun jadi tahu. Jadi terkilan sebab tak dijemput.”

“Pasal apa masa jemput reti nak bisik-bisik tapi lepas itu pukul canang satu dunia?” berdas-das tembakan dia bagi.

Kemudian dia sambung, sebab dia kerja tapak pembinaan, orang nampak lekeh, selalu diketepikan bila ada acara gembira-gembira macam orunah terbuka, hari keluarga dan sebagainya.

“Diorang tak tahu gaji aku berkali ganda dari sepupu aku kerja gomen tu!”

Aku baru nak layan pembawangan dengan abang ini, sekali roti canai bungkus untuk anak dah sampai.

Sambil meminta diri, aku rasa ada betulnya juga luahan dia ini.

Tapi dari sudut pandang satu lagi, siapalah kita nak menghalang kegembiraan orang berkongsi cerita di laman sosial,kan?

Bincangkan.

Ali Imran
Wartawan Awam

x x x

Sehingga 31 Julai 2018, post ini telah menerima 112 ‘Like’, 2 ‘Share’ dan 27 komen di Facebook.

Lihat artikel asal di Facebook melalui pautan di sini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *