Sedang aku khusyuk menyelami ilmu penulisan naratif oleh Cikgu Janet Steele dari Amerika seminggu lalu, telefon berdering.

Sedang aku khusyuk menyelami ilmu penulisan naratif oleh Cikgu Janet Steele dari Amerika seminggu lalu, telefon berdering.

Melihat nama isteri tertera di layar kaca, terdetik dalam hati, “I guess, its time”.

Benar seperti dijangka, aku tinggalkan segala urusan kerja demi menumpukan perhatian kepada keberangkatan tiba ahli baru dalam keluarga kami.

Tepat pukul 2.26 pagi tanggal 11 Julai, lahirlah anak keempat kami.

Puteri pertama buat kami selepas tiga yang hadir sebelumnya semuanya berstatus hero Malaya.

Tujuh hari telah berlalu, kini tiba masa aku umumkan kehadirannya buat pengetahuan dunia.

Kurniaan besar ini kami namakan sesuai dengan doa kami kepada pemilik alam semesta.

Mengambil unsur kata dari benua Afrika, kata ‘Adia’ kami ambil sebagai pangkal nama yang membawa erti ‘hadiah yang tidak ternilai’.

Bersinarlah kamu, seperti mentari memberi unsur hidup di siang hari dan bak bulan membawa terang di waktu malam.

Wahai anak, pangkal tujuan hidup adalah untuk memberi bakti.

Curahkan ilmu, tenaga, harta, masa dan jiwa kepada alam dan isinya nescaya kau dipandang mulia di jiwa mereka.

Itulah pekerti tinggi yang dicari.

Maka atas doa buat anak ini kepada Yang Maha Esa, kami namakannya,

Adia Sinar Bhakti.

Disimpulkan permohonan kami agar beliau kelak menjadi hadiah tidak ternilai buat dunia, yang membawa sinar kebaktian di tanah mana pun yang diinjak nanti.

Ali Imran
Bapa kepada empat.
Satu di langit, tiga di bumi

x x x

Sehingga 31 Julai 2018, post ini telah menerima 568 ‘Like’, 1 ‘Share’ dan 216 komen di Facebook.

Lihat artikel asal di Facebook melalui pautan di sini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *