Setinggi-tinggi syukur atas segala ucapan tahniah, selamat dan doa kepada lebih 500 sahabat FB yang sudi meraikan ketibaan puteri kami ke dunia.

Setinggi-tinggi syukur atas segala ucapan tahniah, selamat dan doa kepada lebih 500 sahabat FB yang sudi meraikan ketibaan puteri kami ke dunia.

Baik yang menulis komen mahupun yang mengetik like, love dan wow semuanya kami sambut dengan kasih dan gembira.

Saya sudah kembali ke Kuala Lumpur, meninggalkan anak dan isteri di Ipoh.

Meninggalkan mereka kali ini adalah yang paling berat dialami. Tiga kali sebelum ini terasa seperti ini.

Satrya sudah pandai berhujah dengan Daddy. Teguh pula juga semakin petah berkata-kata.

Paling penting, ekspresi emosi mereka semakin menonjol.

Satrya mahukan layanan ‘orang dewasa’ dan ‘budak besar’ manakala Teguh baru mahu menginjak ke fasa inginkan perhatian dan penghargaan.

Meninggalkan mereka dalam keadaan ini memang sukar. Tambahan pula tumbuh kembang mereka berlaku pesat.

Dalam masa dua minggu lagi Daddy pulang bertemu, rupa mereka, sikap mereka, kematangan mereka sudah menginjak ke fasa baru.

Begitu juga si bayi. Waktu bertemu lagi nanti rupanya pasti sudah berubah. ‘Fe’el’nya juga berbeza.

Inilah saat-saat yang terpaksa dikorbankan semata-mata kerjaya.

Kalaulah boleh buat kerja ‘home-based’ sahaja!

Putera berdua suka benar tinggal di kampung. Nampak ayam, kejar (nasib baik ayam lari laju). Nampak kucing, dipeluknya sampai tak mahu lepas.

Di kampung semua orang kenal semua orang. Siapa anak siapa, kakak siapa, adik siapa…terasa selamat walaupun masih kena berjaga-jaga sentiasa.

Anak jadi berani sebab jalan ke tabika pergi balik sendiri. Hatta Satrya yang dahulu memanjang nak pegang tangan Daddy sudah pandai minta izin untuk lari balik rumah sendiri.

Kampung, dengan gerak nadi komuniti sememangnya tempat yang indah untuk didiami.

Petang hari duduk melepak di gerai simpang, orang tua-tua berkumpul di hujung kedai sembang-sembang bersama teman mengisi jiwa di hari-hari tua.

Di seberang yang satu lagi, geng baca surat khabar pula sibuk membahas isu semasa sambil naskah koran diselak muka ke muka.

Aku? Duduk jadi pemerhati setia. Sambil menghirup sup panas yang masih berasap, bikin cermin mata berwap, kabur pandangan buat seketika.

Tempat ini, damai dan menguja.

Oh ya, hidangan ini – Kuetiau Kicap namanya.

Ali Imran
Wartawan Awam

x x x

Sehingga 31 Julai 2018, post ini telah menerima 159 ‘Like’, 1 ‘Share’ dan 12 komen di Facebook.

Lihat artikel asal di Facebook melalui pautan di sini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *