“Daripada aku baca paper yang penuh dengan fitnah dan hal dunia, baik aku baca Quran dapat juga pahala.”

“Daripada aku baca paper yang penuh dengan fitnah dan hal dunia, baik aku baca Quran dapat juga pahala.”

Ini respon seorang peserta bengkel penulisan rencana yang aku anjurkan tidak lama dahulu.

Situasinya mudah – aku pesan untuk meningkatkan kualiti penulisan, perlu banyak membaca.

Baca penulisan rencana orang lain.

Teliti stail intro, cara olahan bahasa, penstruturan maklumat dan sebagainya.

Aku juga pesan, laburlah RM 1 setiap hari untuk beli akhbar bercetak. Senang nak potong artikel yang elok, tampal dalam buki skrap.

Di waktu inilah bantahan datang.

Pendapat peserta itu, menulis itu hanya berdasarkan ilham. Ia datang dari jiwa. Tiada kaitan dengan dunia di luar sana.

Bagaimana nak hadapi situasi ini? Patutkah aku beri ceramah panjang diselangi kata-kata sentap supaya dia sedar diri?

Atau pulangkan sahaja wang yurannya dan halau dia keluar dewan waktu itu juga?

Oh tidak…Wartawan Awam jauh lagi sempoi dari itu.

Jadi aku berlakulah soal jawab antara aku dengannya,

“Biasa baca Quran pukul berapa?” tanya aku.

“Tak tentu. Ikut sempat. Kadang siang kadang malam,” jawabnya.

“Mahukah kalau saya ajarkan satu teknik penyusunan waktu membaca agar anda dapat maksimalkan ganjaran akhirat sementara tidak meninggalkan urusan dunia?”

Beliau mengangguk.

“Bukakan saya surah Al-Muzzammil. Bacakan saya maksud dari ayat satu hingga empat”

Lalu beliau baca dari kaca telefon pintarnya,

“Hai orang yang berselimut. Bangunlah di malam hari kecuali sedikit. Seperduanya atau kurangilah dari seperdua itu sedikit. Atau lebih dari seperdua itu. Dan bacalah Al-Quran itu dengan perlahan-lahan.”

Lalu aku jelaskan kepada beliau, Tuan kepada alam ini sudah pun mengajar kita ilmu membaca kitabnya.

Jadi aku cadangkan kepada beliau, bacalah kitab Al-Quran untuk pengisian jiwa di waktu malam.

Kemudian baca surat khabar untuk fahami kejadian di seluruh alam pada waktu siang.

“Jangan lupa dalam Bahasa Indonesia, surat khabar dipanggil ‘koran’.

Kenapa? Kerana sama fungsinya Al-Quran, surat khabar juga memberi kita gambaran keadaan hidup manusia, keadaan alam di sekeliling kita serta membolehkan kita membeza antara hak dan batil,” sedap pula aku bersyarah.

Pada pendapat aku, dengan penyusunan seperti ini barulah seimbang sumber ilmu yang masuk ke otak.

Lagi pun, Iqra’ yang diperintahkan kepada nabi bukanlah semata-mata membaca perkataan.

Tetapi baginda diajar membaca situasi masyarakat lalu dibandingkan dengan keadaan manusia yang sepatutnya mengikut sudut pandang Yang Maha Esa.

Aku tak pasti sejauh mana beliau terima cadangan aku.

Yang penting, esoknya bila aku suruh semua orang bawa akhbar untuk tugasan, dia beli dua naskah akhbar. Satu Bahasa Melayu, satu Bahasa Inggeris.

*Mahu sertai bengkel intim penulisan rencana bulan depan? Tinggalkan alamat emel di ruang komen.

Ali Imran
Wartawan Awam

x x x

Sehingga 31 Julai 2018, post ini telah menerima 148 ‘Like’, 9 ‘Share’ dan 18 komen di Facebook.

Lihat artikel asal di Facebook melalui pautan di sini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *