Di saat ramai bertepuk tangan kerana anak boleh pakai kasut hitam ke sekolah tahun depan,

Di saat ramai bertepuk tangan kerana anak boleh pakai kasut hitam ke sekolah tahun depan,

Perkara paling penting bagi aku dalam sesi Dr. Maszlee pada hari itu adalah potensi nasib pendidikan anak secara homeschool.

Kata beliau,

“Saya secara peribadi tiada halangan tentang homeshool. Tetapi bagi pihak kementerian kita masih kena kaji.

Ini kerana demi tidak menzalimi hak anak-anak untuk belajar..”

Memahami bait-bait katanya selepas itu, aku tangkap beberapa perkara.

Yang beliau risaukan adalah kapasiti kemampuan ibu bapa menjalankan program sekolah rumah tidak sama.

Bagi ibubapa yang ada kemahiran dan kemampuan, mungkin tiada masalah.

Tetapi bagaimana kalau diberi izin (terbuka) bagaimana kalau ibubapa yang ambil opsyen sekolah rumah gagal melaksanakan tugas mereka yang sepatutnya?

Atas sebab itulah beliau dan kementerian perlu masa untuk buat kajian.

Aku betul-betul harap hal sekolah rumah akan dikaji dan diizinkan segera.

Kerana aku mahu hak aku sebagai ibubapa mendidik anak aku sendiri.

Ali Imran
Wartawan Awam Pro Sekolah Rumah

x x x

Sehingga 31 Julai 2018, post ini telah menerima 139 ‘Like’, 6 ‘Share’ dan 12 komen di Facebook.

Lihat artikel asal di Facebook melalui pautan di sini. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *