Hari ini hari penting buat aku.

Hari ini hari penting buat aku.

23 Julai – tarikh yang berlangsung tanpa aku sedar akan berlaku perubahan besar kepada alam ini.

Kenapa?

Kerana pada hari ini aku memilih untuk membawa hala tuju hidup yang baharu.

Satu hala tuju yang membawa kepada hidup yang lebih sejahtera.

Memulakan langkah semula walaupun sudah beratus-ratus kali gagal mencuba.

Apakah ia?

Aku umumkan kepada dunia, kau dengarlah dan percaya.

Hari ini, pada hari baik buat sekalian alam, yang membawa damai, yang menyinari sejahtera, aku sambut dengan cara sendiri untuk menunjukkan rasa syukur aku kepada-Nya dengan cara memulakan kembali misi mengurangkan berat badan.

23 Julai hingga 23 Oktober. 3 bulan yang penting untuk aku buktikan semula bahawa aku mampu hidup sihat semula. Aku boleh kembali bersukan dengan jaya dan aku kuat untuk hadapi ujian ingin makan setiap masa.

Inilah cara aku menyambut 23 Julai.

Anda bagaimana?

Ali Imran
Wartawan Awam nak menaip pun susah jari montel

*gambar waktu misi bersama team Freeletics yang berjaya turunkan 13kg dalam 90 hari.

x x x

Sehingga 3 Ogos 2018, post ini telah menerima 106 ‘Like’, 0 ‘Share’ dan 10 komen di Facebook.

Lihat artikel asal di Facebook melalui pautan di sini. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *