Sebenarnya tidak ada guna walau satu sen pun menulis di Facebook ini.

Sebenarnya tidak ada guna walau satu sen pun menulis di Facebook ini.

Perasan tak, punyalah ramai orang kongsi ilmu itu ini, kita baca percuma sahaja tak perlu bayar apa-apa.

Zamri Mohamad kongsi ilmu penulisan, Aizat Razak dan Arif Sukri kongsi ilmu kurus badan, Izwan Wahab kongsi ilmu bisnes, Norizan Bin Sharif kongsi ilmu eksplorasi bisnes ke Amerika…

Che Puteh Osman kongsi ilmu perubatan herba, Faiz Najmi kongsi ilmu Digital Nomad, Alimuddin Zafrullah, kongsi ilmu perniagaan digital, Zulhilmi Baha tak berhenti cerita hal takaful…

Khairul Hakimin Muhammad tak berhenti bagi resepi sedap ya robbi, Pnut Syafinaz dengan kerja-kerja Pink Squad dia, Hadri Shah dengan kritik sosial yang berkelas antarabangsa…

Mohd Syazreen Abdullah dengan kisah Al-Quran dia, Aina Wafi Ab Kadirdengan sudut pandang anak muda, Zamir Mohyedin dengan ilmu sains dia, Ayman Rashdan Wong tak henti kongsi ilmu geopolitik dunia…

Aaron Aw Teik Hong dengan lawak-lawaknya, Nik Hasyudeen dan Roslan Ab Hamid kawan baik yang mengajar kita ilmu damai walau tak sama hala, Mohd Suhaimi dengan cerita bisnesnya dengan cara rendah diri setiap masa…

Sufian Abas dengan cerita seninya, Ahmad Saifuddin Yusof dengan cerita hadith kajiannya, Syuq Tone dengan cerita Myanmayrnya, Ikram Al-Banjaribawa orang bina bisnes sampai nuuun ke Jepun sana…

Geng Puaka Bersekutu (damn apa pasai tak boleh tag ni? aku tag penguhulu puaka Andy Sulaiman jadilah..) dengan cerita hantunya, Habibol Lotfie dengan cerita bisnes telconya, Said Azlan menunjukkan kita sisi berbeza kisah pemandu teksi yang gigih berusaha…

Mahanom Mohammad dengan jerit perih kontraktor jalanannya, Khir Ariffin kini dah ada chalet bulat dalam dusun duriannya, Iera Yusoff dengan ilmu kehantuan penulisannya, Shamsuddin Kadir dengan ilmu kewangannya, Hanz Jamaludin percaya ibu-ibu boleh bersalin dengan tenang-tenang sahaja…

Aslinda Sofea AbdRahman dengan ilmu Bahasa Inggerisnya, Lutfi Lokmandengan ilmu haji dan umrahnya, Hasbul ‘Ariff dengan kisah pemasaran bisnesnya, Isma Ae Mohamad dengan kisah sahabat kita di sempadan Siam sana, Irfan Foner dengan ilmu lukis kartunnya…

Al Irfan Jani dengan ilmu storytellingnya, Safuan Borhan ajar kita tentang daging smoke yang bikin ramai orang jadi gila, Khairul Abdullah dengan isu kesantunan masyarakat kita, Khairul Hafidz Alkhair dengan ilmu kesihatannya…

Paling penting yang aku nak cerita di sini adalah dalam alam media sosial ini punyalah ramai orang yang sanggup berkorban masa, tenaga, ilmu yang mereka belajar bertahun-tahun, mereka beri sahaja dengan percuma.

Yang kau masih nak layan cerita tipu dan merapu (baca: politik) itu buat apa?

Pilihlan dengan bijak, ingatlah orang tersayang.

Ali Imran
Wartawan Awam

x x x

Sehingga 29 Julai 2018, post ini telah menerima 388 ‘Like’, 102 ‘Share’ dan 58 komen di Facebook.

Lihat artikel asal di Facebook melalui pautan di sini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *