When you came into our life, it was a re-starting point for both of us after losing your brother Aryaan.

When you came into our life, it was a re-starting point for both of us after losing your brother Aryaan.

We didn’t know if we will have you for long or you’ll leave us to join you brother in heaven like when he left us at the age of 6 months old.

It has been five years since then and yes up till today you presence kept us in joy.

In five years you have learnt to take care of yourself, love and protect your little brother Teguh and carry yourself well in public.

Though you are just five I can feel that you have always wanted to be daddy’s best friend.

You want to follow me to work, you insist that I am to look at you in the eyes when you are telling a story, you always want to hold my hand when we walk side by side, wanna play badminton whenever you see my rackets, you want to read when I read, you want to type when I lay my hands on the keyboard, you take vegetables as friend, you ask zillions of questions (repeatedly too).

And as it is the football fever now due to World Cup you have now learnt wanting to seat on my side watching matches and wait for the moment to scream GUUULLLL! while raising your fist high punching the air.

You are so kind. You show mercy to people. You always remind me not to drive too fast and be careful on the road.

I love you. And I am honoured to have you in my life.

Happy birthday Satrya, my son, my friend, my little me.

Ali Imran
Wartawan Awam

#son #dad #sonanddad #daddy #daddyandson #birthday #boy#fatherandson #father #fatherhood #armansatryabhakti #satrya#wartawanawam

x x x

Sehingga 31 Julai 2018, post ini telah menerima 96 ‘Like’, 2 ‘Share’ dan 16 komen di Facebook.

Lihat artikel asal di Facebook melalui pautan di sini. 

Sudilah baca nukilan aku sepanjang sehari berkampung di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur semalam.

Sudilah baca nukilan aku sepanjang sehari berkampung di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur semalam.

https://www.malaysiakini.com/news/432826

Rangkuman peristiwa sehari untuk tatapan anda semua.

Dan terima kasih buat Malaysiakini kerana sudi siarkan artikel aku lengkap dengan byline!

Ali Imran
Wartawan Awam

x x x

Sehingga 3 Ogos 2018, post ini telah menerima 124 ‘Like’, 6 ‘Share’ dan 15 komen di Facebook.

Lihat artikel asal di Facebook melalui pautan di sini.

Kejadian hari ini membuktikan orang awam tidak layak dibenarkan masuk ke mana-mana sidang media.

Kejadian hari ini membuktikan orang awam tidak layak dibenarkan masuk ke mana-mana sidang media.

Kami menunggu lebih 2 jam untuk sidang akhbar Peguam Negara, Tommy Thomas selepas sesi pendakwaan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Daripada awal sudah dibisikkan kepada polis, ada orang awam yang menyelit di celah wartawan, kami takut keadaan jadi lain nanti.

Tapi polis pun tak ada kuasa nak halang orang awam dari berada di kawasan awam, kan?

Sebaik barisan pendakwa raya diketuai Tommy masuk ke ruangan di lobi mahkamah, sekelompok orang awam mula melaungkan kata-kata provokasi seperti,

“Melayulah woi,”

“Hidup Melayu,”

“Duduk Malaysia tapi tak reti cakap Bahasa Malaysia,”

Mereka menuntut Tommy bercakap dalam Bahasa Melayu dalam sidang media.

Kemudian keadaan jadi tak terkawal selepas itu bila laungan itu bertukar jadi sorakan, gamat seluruh ruang legar Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.

Melihat situasi makin kacau, Peguam Negara membatalkan sidang media.

Gerombolan manusia ini jadi makin tak terkawal lalu Polis terpaksa ambil tindakan.

Bila Polis ambil tindakan, ada pula yang guna hujah, “inikan negara bawah Pakatan Harapan, kita bebas bersuara”.

Bila pelakon Ellie Suriaty Omar hampir ditahan polis, ada pula yang kata “benda kecil sahaja luahan perasaan tak payahlah tahan.”

Puaslah hati mereka sebab dapat ‘kebebasan’ yang mereka hendak.

Kami yang wartawan ini kemudiannya susah sebab PC dibatalkan. Dan bila AG nak buat PC selepas itu, tiada maklumat tepat lokasi PC sampai pindah 4 kali!

Kesimpulannya, PC jangan buat di tempat awam dan janganlah bagi orang awam masuk ke PC.

Ali Imran
Wartawan Awam

x x x

Sehingga 31 Julai 2018, post ini telah menerima 1.3k ‘Like’, 386 ‘Share’ dan 229 komen di Facebook.

Lihat artikel asal di Facebook melalui pautan di sini.

On duty today from Kuala Lumpur Courts Complex covering the @najib_razak who will be charged with criminal breach of trust offences while in power as Prime Minister of Malaysia.

On duty today from Kuala Lumpur Courts Complex covering the @najib_razak who will be charged with criminal breach of trust offences while in power as Prime Minister of Malaysia.

This is the first time ever in history an ex-PM being taken to court in Malaysia history.

Cases surrounding Najib, his family and friends has attracted international media attention since it is said to be conducted cross boarders with multiple similar accusations in some other countries including USA and Singapore.

Mixed feeling among Malaysians on this case. Some wish to see Najib goes to jail, some take is as mere political revenge by the current government while some wish the rule of law to be uplold.

Najib through his written statement has repeatedly deny all claims towards him and last night described this case as ‘a test from god’.

#court #crime #courts #najib #najibrazak #malaysia #1mdb #reporteronduty#journalistonduty #onthescene #bernama #history #money #wartawanawam

x x x

Sehingga 31 Julai 2018, post ini telah menerima 81 ‘Like’, 0 ‘Share’ dan 6 komen di Facebook.

Lihat artikel asal di Facebook melalui pautan di sini.

“Ramai betul yang tidak mahu riak tapi tanpa sedar, buat ramai orang gigit jari,”

 

“Ramai betul yang tidak mahu riak tapi tanpa sedar, buat ramai orang gigit jari,” ucap abang kontraktor semeja dengan aku.

Sedang tunggu makanan, aku tumpang duduk semeja geng pekerja tapak pembinaan. Semua pakai vest oren, helmet diletak atas meja.

Aku scroll Facebook. Tiba-tiba salah seorang menyapa,

“Kawan-kawan kau ke tu?”

“Ha’ah,” aku jawab.

“Dia ada ajak kau pi open house rumah dia?” soal beliau lagi merujuk gambar yang terpapar di skrin, deretan makanan dan orang-orang yang hadir.

“Takda, bukan kenal sangat pun,” jawab aku.

“Aku bukan nak kata apalah. Waktu nak buat open house pandai ajak kaum kerabat yang dia nak sahaja. Tak semua orang tahu. Takut tak cukup makananlah apalah…”

“Tapi bila dah selesai open house baru nak tayang gambar di FB kata terima kasih pada yang datanglah. Orang yang tak tahu ada open house pun jadi tahu. Jadi terkilan sebab tak dijemput.”

“Pasal apa masa jemput reti nak bisik-bisik tapi lepas itu pukul canang satu dunia?” berdas-das tembakan dia bagi.

Kemudian dia sambung, sebab dia kerja tapak pembinaan, orang nampak lekeh, selalu diketepikan bila ada acara gembira-gembira macam orunah terbuka, hari keluarga dan sebagainya.

“Diorang tak tahu gaji aku berkali ganda dari sepupu aku kerja gomen tu!”

Aku baru nak layan pembawangan dengan abang ini, sekali roti canai bungkus untuk anak dah sampai.

Sambil meminta diri, aku rasa ada betulnya juga luahan dia ini.

Tapi dari sudut pandang satu lagi, siapalah kita nak menghalang kegembiraan orang berkongsi cerita di laman sosial,kan?

Bincangkan.

Ali Imran
Wartawan Awam

x x x

Sehingga 31 Julai 2018, post ini telah menerima 112 ‘Like’, 2 ‘Share’ dan 27 komen di Facebook.

Lihat artikel asal di Facebook melalui pautan di sini.

Tentang Agama dan Kesatuan Manusia.

Tentang Agama dan Kesatuan Manusia.

Di Malaysia ini, pertarungan agama memang tak pernah berkesudahan.

Baik penentangan antara agama mahupun di antara segmen-segmen dalam agama, pasti ada sahaja titik panas yang timbul dari masa ke masa.

Ada kalanya sentimen yang bermain dalam masyarakat kita ini menjadi besar dek kerana salah kita sendiri.

Bila sahaja ada orang seru kata-kata seperti ‘si polan ini sesat’, ‘si polan ini musuh agama’ dan sebagainya, entah kenapa mudah sahaja kita percaya.

Sedangkan dalam Al-Quran (bagi orang Islam) sudah ada ayat menyatakan ‘bila datang satu berita, siasatlah’.

Dalam ayat lain pula menyatakan ‘janganlah kamu buat sesuatu tanpa pengetahuan sebab kelak Allah akan meminta kamu bertanggung jawab atas perbuatan itu’.

Bagi kitab-kitab suci lain seperti Perjanjian Lama, Perjanjian Baru, Bhagvan Geeta dan Tipitaka juga ada menyatakan hal ini tapi aku bukan pakar, jadi tak mahulah aku mengulas terlalu mendalam.

Kawan-kawan,

Apa sahaja dakyah yang datang sebenarnya takkan mampu merosakkan kita, anak-anak kita mahupun masyarakat kita.

Tapi ia datang dengan syarat.

Syaratnya ialah kita mesti mempunyai pemahaman tinggi terhadap apa yang kita aqidahkan.

Kalau kita orang Islam, sudahkah kita memahami isi kandungan Al-Quran? Ramadan baru selesai, pasti ramai yang berjaya khatam bacaan arabnya.

Tapi alangkah baiknya kalau disulami Syawal ini dengan bacaan Melayu/Inggerisnya pula.

Biar kita faham apa yang kita baca, barulah hebat, kan!

Percayalah bila anda baca maksud ayat-ayat suci pasti anda akan melalui fasa-fasa terkejut dengan kata-kata Allah.

Baru terasa yang Allah berkata-kata dengan kita melalui ayat.

Bila kita pandai jagan simpan pada diri sendiri sahaja. Kuatkan pemahaman isteri dan anak-anak juga.

Pembinaan struktur masyarakat bermula dengan institusi keluarga.

Di banyak negara barat institusi keluarga sudah runtuh lantas menyebabkan pelbagai masalah sosial.

Kepada rakan-rakan yang agamanya Kristian, Hindu, Buddha, Jain, Sikh dan sebagainya – seruan aku sama iaitu,

Bacalah kitab anda.

Lagipun maksud ‘a-gama’ itu pun bererti ‘tidak kacau’ atau ‘aman’ daripada bahasa Sanskrit.

Manusia tidak menjadi kacau bila mampu hidup aman dalam satu komuniti, saling menerima keadaan silang budaya atau kepercayaan.

Hanya dengan cara itulah baru hati kita semua dapat disatukan.

Sekian.

Ali Imran
Wartawan Awam

Nota: Tidak diizinkan copy-paste. Gunakan butang share untuk berkongsi post ini ya!

x x x

Sehingga 31 Julai 2018, post ini telah menerima 48 ‘Like’, 8 ‘Share’ dan 7 komen di Facebook.

Lihat artikel asal di Facebook melalui pautan di sini.

Nasihat kepada menteri dan timbalan menteri yang bakal dilantik.

Nasihat kepada menteri dan timbalan menteri yang bakal dilantik.
– – –

Tanggal 2 Julai nanti kita bakal saksikan perlantikan menteri dan timbalan menteri baharu bagi mengisi tampuk pemerintahan negara.

Sehingga saat ini masih belum ada kenyataan rasmi senarai kementerian yang akan beroperasi di bawah kerajaan PH.

Ertinya kita belum tahu kementerian mana yang kekal, mana yang digabung dan mana yang dibubar.

Tetapi yang pasti tampuk pemerintahan pusat ada semua maklumat ini. Kenapa dirahsiakan kita tak tahu.

Si empunya diri pun pasti sudah tahu posisi diri masing-masing. Ertinya bukan perlantikan mengejut, terkejut atau tak disangka-sangka.

Ertinya di pihak diri sendiri sudah boleh mula buat persiapan. Jadi post ini akan berguna kepada anda.

Tak kiralah siapa pun yang bakal jadi menteri dan timbalan menteri, inilah nasihat aku:

1. Bina PASUKAN media diketuai Setiausaha Akhbar.

Pasukan media tau, bukan setakat seorang pegawai media.

Menteri wajar bincang dengan tim media sebelum membuat sesuatu kenyataan.

Keputusan memang ada di tangan anda wahai pak menteri tetapi cara menyampaikan maksud hati anda, itu yang perlu bantuan SUA.

SUA akan bantu elak anda menyampaikan sesuatu maklumat dengan cara yang boleh mengelirukan audien.

SUA juga perlu kerjasama rapat dengan Unit Komunikasi Korporat kementerian masing-masing.

Hubungan rapat ini akan melancarkan semua urusan. Percayalah.

Percaya SUA anda. Percayalah dia.

Di bawah beliau diletakkan segala jentera media baik dalam talian atau tradisional.

SUA akan pastikan semua info yang akan disalurkan baik daripada diri atau kementerian anda dilaksanakan dengan teratur dan tanpa ‘overlap’ fungsi dan konten.

Oh ya, masukkan sekali penterjemah dalam pasukan ini supaya boleh buat kenyataan media pelbagai bahasa.

2. Kaji isu utama berkaitan kementerian yang anda kepalai.

Ramai yang puji Anthony Loke kerana di hari pertama melapor diri dia dah cakap pasal isu sebenar dan bukan hanya “saya akan siasat skandal-skandal lama” atau “saya masih menunggu laporan dari pihak pengurusan”.

Jadi contohilah dia. Dari sekarang dah kaji isu.

Nanti masuk pejabat, barulah nampak gagah dan terampil!

3. Tenang

Gelagat Menteri Pertahanan kita iaitu ‘Abang Mat’ a.k.a ‘Mat Sabu’ cukup menyenangkan semua.

Pada hari pertama melapor diri dia ada buat silap sebab tak berhenti beri penghormatan kepada panji-panji.

Tapi dia tak melatah atau pertahankan diri, dia akui kesilapan dan minta maaf.

Pada hari pertama orang tanya perasaan dia, selamba sahaja dia mengaku ‘nervous’.

Jadilah diri anda. Pegang jawatan besar mestilah ada pelbagai perasaan bercampur, kami faham.

Hari pertama, relax-relax sahaja boh!

4. Ambil masa.

Walaupun tadi aku kata kena kaji isu sebelum masuk pejabat, pasti ada sahaja isu yang luar jangka atau luar pengetahuan sebab kita belum pegang kuasa.

Jadi dalam seminggu dua pertama ini ambil masa duduk dengan pasukan pengurusan dan selami segala isu.

Dengan cara itu kita akan dapat elak daripada buat kepurusan terburu-buru yang mungkin kita terpaksa tarik balik kemudian.

Elak daripada buat kita nampak tak konsisten dalam keputusan atau dalam bahasa orang putih, ‘flip flop’.

Kami sanggup tunggu. Jangan risau.

5. Jangan tunduk kepada tekanan.

Memang akan ada banyak pihak akan beri tekanan untuk dapat jawapan segera kepada isu yang mereka bangkitkan.

Baik wartawan, baik lobby groups mahupun orang awam, semua nak dapatkan perhatian anda segera.

Jadi kalau memang anda tak ada jawapan kepada sesuatu isu, kawab sahaja “saya belum ada jawapan” macam yang dibuat Menteri Kesihatan, Dr. Dzulkefly baru-baru ini.

Jangan nanti kerana jawapan tergesa-gesa kita, seluruh kementerian jadi mangsa sebab nak penuhi kehendak jawapan separuh masak kita.

Tekanan pasti akan terus datang, tetapi kitalah yang perlu saring mana satu tekanan yang ‘genuine’ dan mana satu tekanan yang ada kepentingan diri.

– – –

Cukuplah lima pesanan dahulu. Semoga bermanfaat ya.

Ali Imran
Wartawan Awam

Tidak diizinkan ‘copy-paste’. Hanya perkongsian melalui butang ‘SHARE’ direstui.

x x x

Sehingga 3 Ogos 2018, post ini telah menerima 199 ‘Like’, 23 ‘Share’ dan 22 komen di Facebook.

Lihat artikel asal di Facebook melalui pautan di sini.

Takziah kepada keluarga Pak Dusun Buku yang baru kembali kepada Sang Pencipta pukul 2.00 petang tadi.

Takziah kepada keluarga Pak Dusun Buku yang baru kembali kepada Sang Pencipta pukul 2.00 petang tadi.

Beliau adalah penggiat buku di Terengganu dan membuka sebuah perpustakaan untuk orang awam atas usaha sendiri, dana sendiri.

Semoga segala jasanya dirahmati.

Ali Imran
Wartawan Awam

*sumber – anak beliau

x x x

Sehingga 3 Ogos 2018, post ini telah menerima 48 ‘Like’, 0 ‘Share’ dan 3 komen di Facebook.

Lihat artikel asal di Facebook melalui pautan di sini.

Di mana silapnya Guan Eng?

Di mana silapnya Guan Eng?

(Amaran – Post ini panjang!)

Maka heboh satu negara tentang kenyataan akhbar Kementerian Kewangan yang disiarkan dalam Bahasa Mandarin.

Sesetengah orang memandang ia sebagai penghinaan, sesetengah lagi menerimanya sebagai satu bentuk penjajahan dan ada segolongan lagi yang ok sahaja.

Aku tak mahu ulas siapa yang bising, siapa yang kecam, siapa yang marah. Kau boleh cari di tempat lain.

Bagi yang malas nak baca panjang-panjang, ini jawapan ringkas aku – Aku mengalu-alukan siaran media dalam pelbagai bahasa.

Sebagai jurulatih penulisan kit media, hujah aku akan disandarkan kepada tiga perkara:

1. Senario industri media di Malaysia
2. Penulisan teknikal
3. Bahana penterjemahan berulang (double translation)

1. Senario industri media di Malaysia

Malaysia ini unik. Dalam negara dengan masyarakat berbilang kaum, setiap satunya mempunyai keperluan mereka tersendiri.

Antara keperluan utama adalah bahan bacaan berita.

Untuk itu, pengusaha media yang datang dari pelbagai kaum berusaha memenuhi keperluan yang datang dari kaum mereka.

Kenapa?

Sebab lain orang lain seleranya. Topik-topik yang menjadi kegemaran kaum Melayu, belum tentu serupa dengan orang Cina atau India.

Jadi wujudlah bagi penulisan Bahasa Melayu, akhbar seperti Utusan Malaysia, Berita Harian, Sinar Harian, Kosmo!, Harian Metro.

Bagi kaum Cina pula, ada akhbar Nanyang Siang Pau, Sin Chew Daily (dahulu Sin Chew Jit Poh), China Press, Guan Ming Daily dan Oriental Daily.

Tidak lupa juga bagi kaum India, ada Tamil Nesan, Malaysia Namban, dan Makkal Osai.

Dalam masa yang sama, ada juga syarikat berita yang menggunakan Bahasa Inggeris seperti The Star, New Straits Times, The Malaysian Reserve, The Edge, Free Malaysia Today dan The Malaysian Insight.

Selain itu ada juga platform berita yang dihidang dalam pelbagai bahasa yang biasanya beroperasi melalui laman sesawang seperti Bernama, dan Malaysiakini.

Ini semua baru akhbar yang berlegar di Semenanjung.

Kalau anda ke Sabah dan Sarawak, ada juga syarikat akhbar lain seperti Utusan Borneo, The Borneo Post, New Sabah Times, Daily Express, New Sarawak Tribune, Asia Times, Merdeka Daily, Harian Tawau Express, Morning Post, See Hua Daily News, Overseas Chinese Daily News, International Times, dan United Daily News.

Dan belum lagi aku senaraikan stesen tv, stesen radio, stesen tv dalam talian, stesen radio peribadi dan sebagainya. Banyak.

Aku harap di saat ini semua yang membaca sudah faham betapa mencapahnya ranting-ranting rumah berita di negara kita ini.

Atas kepelbagaian inilah wujud pelbagai keperluan. Kita sembang dalam isi seterusnya.

2. Penulisan Teknikal

Menulis berita ekonomi tak sama caranya dengan berita sukan. Berita sukan tak sama dengan berita jenayah. Berita jenayah tak sama dengan berita mahkamah.

Setiap bidang ada disiplin dan etika penulisan yang tersendiri.

Paling mahal, setiap jenis berita ada ‘lingo’ mereka tersendiri.

Perkataan ‘memotong’ bagi penulis berita am, jenayah, mahkamah dan sukan memberi makna berbeza.

Begitu juga bila ada elemen maklumat yang bersifat teknikal, para wartawan perlu mencari cara yang paling sesuai untuk menulisnya supaya difahami orang ramai.

Sebab itu wartawan dengan para professor selalu ada masalah. Professor mahu jargon, istilah dan perkataan-perkataan besar dimasukkan dalam artikel.

Sedangkan perkataan itu tidak difahami orang kebanyakan, baik di bandar mahupun di kampung. Sebab ia adalah bahasa industri. Orang yang sama-sama dalam industri itu sahaja yang faham.

Perkara sama berlaku dalam penulisan berita ekonomi. Sedangkan perkataan biasa seperi ‘pasaran saham ditutup bercampur-campur’ pun ramai yang tak faham,

Inikan pula nak main dengan perkataan besar yang kita sendiri pun tak pernah dengar.

Bukan sahaja pembaca tak faham, kadang-kadang wartawan pun tak faham.

Bukan setakat wartawan tak faham. Kadang-kadang yang tukang cakap atau beri ucapan itu pun belum tentu faham istilah apa yang dia guna sebab teks ucapan ditulis orang lain.

Sebab itu wartawan selalu tebalkan muka untuk tanya semula apa erti istilah yang diguna sesetengah pemimpin.

Kalau harapkan tanya kawan-kawan wartawan yang lain, takut mereka pun salah faham.

Dan kadang-kadang (aku sendiri dah lalui) ai pengucap itu sebenarnya maksudkan istilah lain tapi sebab masa atas pentas dia gemuruh, benda lain pula yang keluar.

Kadang-kadang wartawan pula yang tegur si pengucap, iatilah yang dia guna itu, bunyinya macam salah…lepas itu barulah si pengucap sedar kesalahannya.

Atas dasar itulah, amat penting untuk setiap wartawan faham keperluan rumah berita yang dia wakili.

Kalau istilah diucap dalam Bahasa Inggeris, aku punya perangai adalah untuk selalu tanya kepada sumber, apa istilah yang tepat dalam Bahasa Melayu.

Begitu juga kalau istilah diucap dalam Bahasa Melayu rakan akhbar Inggeris, Cina dan Tamil juga akan tanya kepada sumber, apa istilah yang betul dalam bahasa kegunaan rumah berita masing-masing.

Salah pemaknaan istilah bererti anda mengundang bencana daripada editor dan pembaca pasti akan memaki and. Kita sedia maklum bahawa pembaca kita ini pakar semua benda dan dia sahaja yang betul.

Justeru, tidak hairanlah penulisan topik teknikal menjadi ketakutan sesetengah wartawan.

3. Bahana penterjemahan berulang (Double Translation)

“I would like to have some tea”

Kalau kita terjemah sekali ke Bahasa Melayu, dia boleh menjadi,

“Boleh berikan saya secawan teh?”

Kemudian kalau diterjemah balik ke Bahasa Inggeris, mungkin ada yang tulis,

“Can you give me a cup of tea?”

Bendanya nampak macam kecil, tapi dengan penterjemahan berulang makna asal sesuatu ayat boleh berubah.

Ia memberi impak kepada pembaca.

Kalau dilihat daripada frasa pertama dicontohkan di atas, boleh kita tanggap orang yang meminta segelas teh sebagai orang yang sopan dan berbudi bahasa.

Bila diterjemah ke dalam Bahasa Melayu, ia masih berbunyi sopan.

Tetapi bila masuk penterjemahan semula kali ketiga, bunyinya dah jadi sedikit kurang lembut berbanding frasa asal.

Di Bernama berita-berita kami disiarkan dalam pelbagai bahasa, boleh jadi sampai lima bahasa iaitu Melayu, Inggeris, Mandarin, Arab dan Spanyol.

Jadi adakah wartawan tulis suka hati ikut bahasa apa yang mereka suka? Tidak.

Wartawan tulis ikut bahasa yang digunakan dalam acara yang mereka hadiri.

Atau setidak-tidaknya ‘quote’ ditulis dalam bahasa asal dituturkan oleh pengucap.

Kalau Perdana Menteri cakap BM kita tulis BM. Dia cakap BI kita tulis BI.

Di pejabat barulah akan diterjemah mengikut keperluan.

Bukan setakat diterjemah, sesetengah artikel juga perlu diberi ‘perspective touch up’ mengikut keperluan audien.

Kenapa buat begini?

Untuk elakkan ‘multiple times translation’ yang boleh memberi kesan kepada maksud asal sesuatu fakta.

Sebab itulah aku berpendapat penyediaan kenyataan akhbar dalam pelbagai bahasa adalah

a. Amat baik
b. Amat perlu
c. Memudahkan wartawan
d. Mengelakkan salah faham
e. Memastikan data sahih sampai kepada pembaca dengan latar belakang yang pelbagai

Jadi, adakah Guan Eng salah?

Pada aku, menyiarkan kenyataan akhbar dalam tiga bahasa bukan sahaja tidak salah, bahkan tidak cukup.

Kalau boleh jangan buat buat dalam Bahasa Melayu dan Inggeris sahaja tetapi Mandarin dan Tamil juga bagus kalau boleh diadakan.

Sebab itu dalam bengkel yang aku sampaikan, aku betul-betul ingatkan peserta untuk tidak kedekut bayar penterjemah.

Biar buat dalam banyak bahasa. Siapa datang pun kita tak takut.

Cuma bab bila Guan Eng jawab kritikan dengan kenyataan berbahasa Mandarin di FB, aku tak tahu apa yang bermain di fikiran dia.

Adakah dia memang nak buat begitu?

Adakah tim media dia yang sengaja buat?

Adakah dia diberikan nasihat yang salah?

Entah, aku tak tahu.

Tapi bak kata orang putih, “the damage is done.”

Ali Imran
Wartawan Awam

Nota – Tak diizinkan ‘copy paste’ tanpa izin. Sila guna butang ‘Share’ kalau betul suka artikel ini

Macam mana cara nak minta izin? Hantar mesej peribadi (PM) kepada ya.

x x x

Sehingga 3 Ogos 2018, post ini telah menerima 1000 ‘Like’, 519 ‘Share’ dan 198 komen di Facebook.

Lihat artikel asal di Facebook melalui pautan di sini.