Skip to content
Lihat - Faham - Beritakan

Lihat – Faham – Beritakan

Tag: Hospital Medan

Posted on February 1, 2015

Byline. Satu Kepuasan Buat Penulis.

 photo 07e90c1b-41d9-4d06-9a48-75cccab99d68_zpse182fa93.jpg

Syukur, pada Rabu lepas (28 Januari), dapat ‘byline’ di Financial Daily (The Edge).

Perasaan artikel terbit di akhbar ini berbeza daripada akhbar lain.

Sebab kumpulan pembacanya berbeza. Majoriti pembaca akhbar ini adalah orang-orang bisnes, mereka mahukan artikel yang berkualiti tinggi, setaraf dengan tahap pemikiran mereka.

Mereka tidak mahu kisah yang remeh temeh.

Setiap masa yang mereka luangkan untuk membaca, harus ada ROI-nya.

Tetapi mahu ada elemen ‘human interest’ juga. Sebab mereka tetap manusia

 

Apa itu ‘byline’?

Tekaan saya, ia datang dari dua perkataan iaitu ‘by’ dan ‘line’.

Entah, tak siapa pernah membahaskannya atau membentang tentangnya secara harfiah dengan saya.

Secara praktikal, nama penulis yang diletakkan bersama artikel. Memberitahu pembaca, nama penulis artikel.

Tidak mudah untuk pihak editor melepaskan sesebuah artikel untuk mendapat ‘byline’.

Melainkan penulis itu seorang kolumnis, mesti ada unsur ‘luar biasa’ yang membuatkan penulis layak menerimanya.

Mungkin isi berita yang ditulis, luar biasa. Boleh jadi juga ia berita panas yang tak siapa dapat melainkan si penulis.

Ia juga boleh jadi penghargaan editor kepada penulis terhadap kualiti penulisan yang dipersembahkan.

Secara ringkas, ‘byline’ itu seperti satu bintang yang diletak atas lencana pasukan bola sepak selepas menang Piala Dunia.

Dalam cerita kita hari ini, artikel ini diberi ‘byline’ oleh editor akhbar lain, sedangkan jika diikutkan mereka tidak pun wajib memberinya.

Selepas beli artikel dari Bernama, yang jadi kemestian ialah meletakkan kredit kepada Bernama pada artikel. Tidak semestinya kepada penulisnya.

Jadi buat seketika, saya rasa seperti baru menang Piala Dunia.

 

Kisah menarik di sebalik artikel ini:

Pada 11 Januari, saya sudah selesai temubual semua pihak yang terlibat untuk artikel ini.

Tetapi tak sempat tulis. Sibuk putar Kelantan untuk cari bahan berita lain pula berkenaan banjir besar.

Pada 13 Januari. Berita Harian dah keluar rencana tentang hospital yang sama.

Jadi kecewa sekejap, sebab sudut penulisan (angle) serupa dengan apa yang saya nak tulis.

Saya bincangkan hal ini dengan jurufoto, jawab beliau “tukar aja angle story, bro!”

Ambil masa sehari untuk fikir. Tambah sehari lagi untuk rangka carita.

Jumpa formula, Itulah yang saya buat. Kita ubah sudut penulisan. BH buat dengan bentuk pelaporan, Bernama buat dengan cara penceritaan.

Fakta yang tak perlu dimasukkan, sebab BH dah buat, saya sisih keluar. Lagipun kalau disumbat juga, ganggu jalan cerita.

Sangat puas hati dengan hasilnya.

 

Baca artikel:

B. Melayu: ‘Mangsa Banjir Puas Hati Perkhidmatan Hospital Medan ATM’: http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/fe/newsfeatures.php?id=1103845

B. Inggeris: ‘When The Army Field Hospital Was The Saviour In Manek Urai’ : http://www.bernama.com/bernama/v7/fe/newsfeatures.php?id=1103850

~ ~ ~

Semoga bermanfaat.

Lihat.Faham.Beritakan.

Ali Imran
wartawanawam.wordpress.com

*ROI – Return On Investment

Nota:

  1. Hak Cipta Terpelihara Ali Imran Mohd Noordin. Penggunaan semula bahan-bahan dalam blog ini dengan apa jua cara perlu mendapat kebenaran bertulis penulis yang boleh dihubungi di aliimran.mn@gmail.com.
  2. Pengisian dalam blog ini adalah pendapat penulis semata-mata. Tidak ada kaitan dengan mana-mana ‘school of thought’ atau dengan erti kata lain, ‘mazhab’ penulisan yang diamalkan oleh mana-mana agensi dan syarikat berita. Pun begitu, Penulis dididik oleh Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dan ini memungkinkan ada bahan yang ditulis merujuk kepada teknik yang diguna agensi berita rasmi negara Malaysia itu.

Recent Posts

  • #Tersiar 2 Nov 2017
  • Berceritalah. Itu kerja Sang Wartawan.
  • ARTIKEL RAYA – Antara Angle Yang Boleh Ditulis
  • Wartawan Sepantas Kilat
  • Bersihkan Imej Polis

Recent Comments

  • khaizurandanish98 on HUDUD – The Malaysian Insider Mahu Lempar Batu Sembunyi Tangan ?
  • Izwan Wahab on 5 Teknik Mencatat Nota Ucapan VIP
  • 5 Februari Yang Menggembirakan | .lihat.faham.beritakan. on Byline. Satu Kepuasan Buat Penulis.
  • Mohd.Noordin B.S. (nama pena : dinohahanusa) on Byline. Satu Kepuasan Buat Penulis.

Archives

  • November 2017
  • July 2015
  • May 2015
  • April 2015
  • March 2015
  • February 2015
  • January 2015

Categories

  • #AliImranArticles
  • Published
  • Tutorial
  • Umum
  • Uncategorized
  • why become a reporter

Meta

  • Log in
  • Entries RSS
  • Comments RSS
  • WordPress.org
Proudly powered by WordPress