HUDUD – The Malaysian Insider Mahu Lempar Batu Sembunyi Tangan ?

image

Pagi ini The Malaysian Insider laporkan ada ‘sumber’ yang beritahu kata Majlis Raja-raja tolak pindaan rang undang-undang syariah negeri Kelantan yang baru dipinda 19 Mac lalu.

Saya merujuk kepada berita seperti dalam screenshot di atas, boleh dicapai melalui pautan di bawah:

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/majlis-raja-raja-tolak-pindaan-laksana-hudud-kata-sumber

Saya tidak menolak kemungkinan berita ini benar tapi saya secara peribadi rasa ada tindakan ‘baling batu sembunyi tangan’ di sini.

1. Ini berita sensasi, kenapa wartawan yang mendapatkan berita tidak diberi byline?

2. Menggunakan terma ‘sumber’ untuk satu ‘berita’ yang belum sah betulnya, dan melibatkan satu majlis perbincangan yang bertanggung jawab mengetuai hal berkaitan agama Islam dan orang Melayu ‘by constitution’ – saya berpendapat ini tidak adil untuk pihak subjek berita.

Saya berpendapat, ini satu risiko yang terlalu besar untuk diambil oleh TMI jika mereka salah.

Jika dipandang dari sudut lain, adakah kemungkinan berita ini diada-adakan berdasarkan pendapat golongan yang mahu ‘menangguk di air keruh’ untuk lihat isu ini lebih sensasi demi kepentingan sendiri?

Di akhir artikel, TMI turut meletak infografik tentang hukuman pesalah di bawah pindaan rang undang-undang ini, seperti berikut.

image

Saya berpendapat, jika pun anda punya kredibel, infografik ini menyatakan sebaliknya.

Jika mahu lapor, laporlah dengan jelas.

Setakat ini, belum ada (atau amat kurang sampai tak perasan pun kalau ada) laporan daripada pihak yang menghentam pindaan undang-undang ini, berkenaan ‘exceptions’ kepada hukuman yang dicadangkan.

Sebagai contoh, kesalahan Sariqah (mencuri), yang tidak pula dimasukkan dalam infografik ini, maklumat berikut yang tertulis jelas dalam dokumen sama.

image

image

image

*Untuk download dokumen penuh, boleh lihat post saya sebelum ini, ada disertakan link ke dokumen

Kesimpulannya, saya berpendapat post ini dibuat atas dasar yang tidak professional dan mungkin, sengaja dibuat untuk membuat jiwa orang beragama Islam mendidih dan membenci sultan-sultan.

Sehingga Majlis Raja-raja keluarkan kenyataan rasmi, barulah kita boleh pastikan ‘berita’ ini benar atau dusta.

Saya tidak masuk ke belah mana-mana. Tapi saya tidak suka manipulasi emosi yang amat sukar diubati kemudian hari.

Ingatlah, pada setiap tindakan kita,

“Who will laugh last?”

Ali Imran
Wartawan Awam