TRAGEDI KREN RUNTUH DI MEKAH – ANALISA BAHAN VIRAL DI MEDIA SOSIAL

Dikejutkan berita tentang kemalangan yang menimpa jemaah haji, ada yang terkorban dan ramai juga yang tercedera.

Dengan kecanggihan teknologi hari ini, berita ini menjadi viral – lengkap dengan gambar, video dan kapsyen jauh sebelum sempat mana-mana saluran berita di media massa menyiarkannya.

Inilah kuasa yang ada dalam tangan Wartawan Awam, iaitu anda!

Jadi saya ambil sedikit masa untuk analisa konten-konten yang telah diviralkan setakat ini.

– – –

GAMBAR OK

Gambar-gambar yang pada pendapat saya – OK.

Definasi OK –

  • Maksud gambar mudah difaham
  • Tidak memberi gambaran salah tentang kejadian
  • Tidak melibatkan unsur ngeri yang melampau
20150913210415
Tengok gambar sekali imbas pun faham – Gambar menunjukkan kerosakan yang berlaku.
20150914022529
Juga mudah difaham dan tidak ada unsur ngeri
20150914022609
Menunjukkan kesan selepas kejadian. Ada sedikit unsur ngeri, bila kesan darah masih ada di lantai tapi tidak melampau.
20150914022625
Tak perlu kata apa-apa. Lihat, terus faham.
20150914022702
Sama, tak perlu nak kata apa.
20150914022741
Ada unsur ngeri bila ada elemen darah dalam gambar, tapi tidak melampau.

– – –

GAMBAR TIDAK OK

Gambar yang pada pendapat saya, TIDAK OK:

(Sebenarnya saya tak mahu upload gambar-gambar ini tanpa sensor tapi untuk pendidikan, saya letak juga)

Definasi:

  • Mungkin menimbulkan salah faham
  • Unsur ngeri yang boleh menimbulkan rasa kurang senang audien
20150913210334
Unsur ngeri yang saya maksudkan. Jelas nampak mayat-mayat mangsa kejadian, dengan kesan darah yang masih membasahi lantai.
20150913210352
Walaupun tidak se’ngeri’ gambar sebelumnya tapi pada pendapat saya, ia masih termasuk dalam kategori yang boleh bikin ada audien yang tak lalu makan.

Jika anda perhati, kedua-dua gambar yang saya letakkan dalam kategori tidak OK adalah kerana terdapat unsur ngeri.

– – –

TAHAP KE-NGERI-AN GAMBAR

Untuk pengetahuan semua, perdebatan tentang tahap ke-ngeri-an gambar untuk siaran masih terus diperdebat oleh pelbagai pihak.

Ada yang kata, tak boleh menyiarkan gambar yang boleh memberi kesan emosi kepada audien.

Tapi ada juga yang kata, macam mana nak beri gambaran situasi sebenar kalau tidak boleh menyiarkan gambar keadaan sebenar?

Sebab itu saya nyatakan dalam komen-komen saya di atas, gambar yang saya kategorikan sebagai ngeri atau tidak adalah berdasarkan pendapat saya sendiri.

Jadi ia tidak semestinya tepat, tapi saya boleh katakan, bolehlah dijadikan panduan untuk yang mencari jawapan kepada persoalan tentang batas jenis gambar untuk siaran.

Dalam kemajuan teknologi sekarang, bukan mudah untuk menyaring jenis gambar yang dimuat naik ke media sosial.

Jadi, elemen ‘self censorship’ amat perlu.

Inilah perkara yang wartawanawam.com cuba lakukan.

– – –

SENSITIVITI AHLI KELUARGA MANGSA

Satu elemen yang saya tidak sentuh ialah berkenaan sensitiviti ahli keluarga mangsa.

Sebab dalam kejadian ini, tidak disiarkan secara meluas (sekurang-kurangnya untuk warga Malaysia) gambar mayat mangsa dalam keadaan ngeri.

Jika ada pun, saya bersyukur kerana tidak dapat gambar itu.

Cuma nasihat saya, sebelum post gambar mangsa dalam keadaan yang menyedihkan, fikirkan sejenak, jika itu gambar ibu bapa atau adik beradi kita sendiri.

Selesakah kita jika gambar mayat mereka jadi tontonan umum?

– – –

JAGALAH ADAB BERBAHASA

Sedikit saya nak pesan, jagalah budi bahasa dalam memberi komen berkenaan kejadian ini.

Ya, mungkin ada yang tak suka dengan tindakan kerajaan Arab Saudi yang over-develop persekitaran Masjidil Haram (saya adalah seorang daripadanya).

Mungkin ada yang rasa orang Arab manipulasi ibadah haji untuk buat untung (saya juga seorang daripadanya).

Mungkin ada yang berpendapat macam-macam lagi, tidak salah untuk punya pendapat.

Tapi kejadian ini adalah satu tragedi.

Mangsa kejadian tidak bersalah. Janganlah caci mereka.

Sekian.

 

Ali Imran

Wartawan Awam

Nota: Saya semua gambar dan video di bawah, saya pungut dari beberapa grup whatsapp. Jadi saya tak pasti kredit kepada siapa. Moga empunya gambar, jika tidak setuju gambar miliknya disiarkan, hubungi saya di [email protected] untuk urusan selanjutnya

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *