image

Hari ini, gambar ini jadi ‘viral’ – gaya sang wartawan ini menjadi perhatian masyarakat.

Sebagai wartawan, saya terpanggil untuk bercerita tentang hal ini, berdasarkan apa yang saya tahu.

Saya tiada di sana pada waktu kejadian, tapi saya pernah berada dalam situasi ini.

Inilah cabaran dalam kerjaya kami. Untuk pengetahuan anda, saban hari kami berkejar ke sana ke mari unuk mendapatkan berita.

Bagaimana cara nak dapatkannya? Pertama, kena cari SUBJEK berita. Dah jumpa, baru boleh dapatkan komentarnya.

Contoh dalam gambar ini, Ku Nan sebagai subjek, mari kita putar satu isu hangat tentang yang berlaku hari ini, contohnya hal suara tak percaya kepala-kepala Umno Kedah terhadap MB Mukhriz.

Berita sedang hangat, wartawan kena cari bahan segera, jadi orang-orang penting dalam Umno perlu dicari, dikejar, disoal agar rakyat dapat jawapan segera.

First thing, kita kena kejar subjek, Ku Nan orang penting Umno. Dia Sec-Gen parti. Suara dia punya kredibiliti mewakili parti.

Kena cepat. Nak tunggu sidang media rasmi, entah bila nak dibuat. Rakyat dah tak sabar, ada yang sokong, ada yang benci, ada yang main emosi.

Jadi, kita kejar Ku Nan, di mana sahaja dia berada. Selak senarai jemputan, dapat tahu dia akan berucap di majlis sekian-sekian…jadi wartawan pergi. Serampang dua mata.

Mata satu, lapor tentang majlis.

Mata dua, cari peluang untuk jolok Ku Nan.

image

Untuk pengetahuan semua, aktiviti mengerumuni subjek untuk mendapatkan komentar peribadi ini dipanggil ‘jolok’.

Cabaran dalam aktiviti penjolokan ialah:

a. Di hadapan subjek biasanya dipenuhi ramai orang. Kalau lambat memang tak dapat tempat, situasinya tegang. Berhimpit, berasak, bertolak. Tambahan bila ada kamera, semua orang akan berusaha gigih untuk berada di belakang kamera, jangan sampai muka masuk tv atau paper.

Dalam kata lain, sang wartawan ini terpaksa berada di lokasi yang tidak dimahukan oleh sesiapa di situ…kasihan beliau, demi tugas dia gagahi juga.

Boleh jadi, pada waktu kejadian berlaku pun dia dah tahu gayanya akan jadi isu, tapi daripada kena marah dengan boss sebab tak dapat bahan berita, baik hadap sahajalah dengan pasrah.

b. Kalau namanya perempuan, memang selalu jadi mangsa tak dapat tempat. Sedangkan saya sendiri pun yang badan ‘sasa’ ni selalu kena tolak ke tepi, inikan pula wartawan dalam gambar ni, memang tercampak tepi sahajalah (literally tercampak, setakat terhumban dah jadi resam biasa)

c. Time is gold. Waktu jolok, bukan tahu pun berapa lama subjek tu nak bercakap. Kadang-kadang jawab satu soalan dan dia terus ‘blah’. Kalau nasib baik, subjek layanlah selagi ada soalan. Jadi selagi sempat jolok, joloklah. Tanya puas-puas.

d. Saya teka, ada sebab kenapa sang wartawan ini terpaksa pose begitu, mungkin tangannya yang satu lagi penuh dengan buku nota dan beg, mungkin di hadapnnya ada halangan yang buat dia tak boleh berdiri betul-betul

Alkisahnya, dalam sesi menjolok, memang kekacakan dan keayuan diri tak dapat dititik beratkan sangat.

Inilah cabaran kami, inilah makanan harian kerja kami. Kami hadapi dengan redha.

Semoga penjelasan ini memberi sedikit maklumat berguna untuk kita.

Ali Imran Basikal Oren
Bernama
Wartawanawam.com

Sumber Gambar: Facebook

Join the Conversation

2 Comments

  1. Saya suka tulisan-tulisan Tuan. Saya seorang penulis yang sedang berusaha memahami kerjaya seorang wartawan. Semoga novel saya nanti dapat memaparkan realiti menjadi seorang wartawan. Terima kasih, Tuan. Moga hidup Tuan diberkati Allah selalu…amiin 🙂

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *