MITOS BISNES-MEDIA: REALITY CHECK!

WIN_20160420_16_08_46_Pro

Salam sejahtera,

Sejak 2011, saya telah hadir ke banyak sidang media yang majoritinya bermotifkan pemasaran produk. Baik ia tentang produk yang baharu atau menguatkan semula ‘branding’ atau tambah nilai produk sedia ada, ia tetap berorientasikan pemasaran produk.

Seperti yang saya janjikan di post Facebook saya (Ali Imran Basikal Oren) saya akan kongsi tentang ilmu komunikasi organisasi dan produk kepada/dengan media massa.

Hari ini saya kongsikan satu segmen dari ebook saya yang bakal terbit.

 

10 Mitos Hubungan Antara Bisnes dan Media Massa

(Assumption: Target utama post ini adalah untuk pengusaha perniagaan kecil dan sederhana. Jadi skop penulisan akan banyak merujuk kepada keadaan perniagaan jenis ini yang biasanya berusaha mendapatkan publisiti secara percuma melalui media massa)

 

MITOS 1:  Apa Saya Cakap, Mesti Keluar

Antara semua mitos yang saya senaraikan, boleh jadi inilah mitos yang paling besar.

Satu perkara yang biasa kami lalui sebagai wartawan adalah bila si peniaga merasakan SEMUA hal yang dia sebut, MESTI disiarkan.

Beberapa sebab yang saya dapati menyebabkan hal ini berlaku adalah:

a. Kurangnya kefahaman tentang konsep ‘ruang’ dalam sesebuah pemberitaan

Banyak peniaga merasakan yang berita berkenaan produk mereka akan keluar panjang-panjang dalam artikel akhbar, serta siaran di televisyen dan radio.

Untuk peniaga kecil, just a reality check, saya ajak anda buat latihan ini:
i. Dapatkan sebuah akhbar

ii. Selak ke bahagian bisnes

iii. Kira berapa muka surat diperuntukkan untuk bahagian bisnes

iv. Berapa nisbah/ratio berita antara syarikat ‘berhad’ vs ‘sendirian berhad’ vs PLT/Enterprise

v. Tahniah, itulah jumlah ruang yang anda mungkin dapat untuk liputan produk anda

 

Nota: Latihan ini tidak ‘applicable’ kepada syarikat besar atau punya modal pengiklanan yang besar. They are in a different league.

 

b. Tidak tahu ‘back end process’ dalam penyiaran berita

Selain wartawan, terdapat banyak lagi pihak yang terlibat dalam penghasilan sesebuah berita, antaranya:

i. Editor – Ini big boss kami. Dia merupakan gate keeper kepada semua berita yang akan disiarkan. Kalau berita bagus macam mana pun tapi dia kata ‘no’, ertinya memang tak akan keluarlah cerita anda.

ii. Sub Editor – Jangan buat main dengan dia ini. Selain memeriksa kualiti penulisan, mereka juga periksa fakta dalam artikel, jadi kalau anda cuba nak bagi ‘statement’ tanpa fakta yang benar, maka kemungkinan besar artikel boleh dicantas keluar dari senarai siar.

iii. Layout/Airtime manager/artist – Mereka punya pengaruh untuk tentukan jumlah ruang yang ada. Ada masa, ruang dalam akhbar memang banyak untuk diisi dan ada masa memang tak cukup tempat. Kedua-dua situasi ini boleh mempengaruhi panjang artikel/ panjang siaran publisiti produk anda.

 

c. Peniaga tidak tahu apa yang nak sebenarnya hendak dijual

Ini biasa. Wartawan dijemput untuk hadir ke pelancaran produk sekian dan sekian tapi bila sampai, berderet produk dia susun atas meja. Produk baharu ada, produk lama pun ada.

Tidak salah jika itu dijadikan sebagai prop untuk photo tapi yang salahnya adalah jika nak minta dalam satu artikel (yang kita pun tak tahu nak jadi panjang mana – rujuk poin (iii) di atas, si peniaga nak minta promosi SEMUA produk sekali gus.

Ini semua kena kes kena belajar topik ‘Product Life Cycle’ semula. Mudah cakap, kalau nak promosi produk baharu, produk lama hanyalah sesuai untuk dijadikan asas mengingatkan semula pembeli tentang reputasi anda, yang kemudiannya menambahkan keyakinan mereka untuk beli produk baharu anda.

Tapi kalau dalam artikel sama nak promosi produk lama dan produk baharu, pertama kami pun pening nak tulis dan pembaca pun pening nak faham. Tekaan saya, sudahnya pelanggan beli kembali produk lama sebab itu yang memang dah register dalam otak dia.

 

d. ‘Lupa’ yang siaran itu percuma

Siaran percuma, tapi ada hati nak jadi diktator tentukan cara artikel ditulis ikut mahu dia, butiran yang masuk mesti ikut apa yang dia mahu dan lebih mencabar kesabaran kami, bila minta kami para wartawan MENIPU untuk cerita konon produk dia boleh selamatkan satu dunia.

Kalau anda termasuk golongan begini, taubatlah segera.

 

– – –

Sekian dahulu untuk perkongsian pertama. Luangkanlah sedikit masa dengan memberi feedback melalui komentar, soalan atau pujian supaya saya sedar perkongsian ini bermakna buat anda dan membuatkan saya terus menulis.

KENALI ALI IMRAN

Nama saya Ali Imran, berkhidmat sebagai wartawan dengan sebuah agensi berita. Kelayakan akademik saya adalah dalam bidang logisitik (ulangan suara: L.O.G.I.S.T.I.K) jadi jika tanya adakah saya seorang pakar pemasaran, saya jawab – TIDAK.
Tapi sejak lima tahun lalu saya berurusan dengan banyak pemilik bisnes, pernah menjadi panel untuk melatih ‘top tier managers’ syarikat berstatus ‘Berhad’ dalam topik pengurusan media dan telah pun memberi bimbingan peribadi (personal coaching) kepada pemilik-pemilik perniagaan dalam pengurusan kempen pemasaran melalui media massa.
Sertai mailing list saya bila anda klik di pautan ini: WARTAWAN AWAM

 

 

Jumpa lagi

 

Ali Imran

www.wartawanawam.com

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *