[MBM] Mitos #2 – ‘Wartawan Confirm Datang’

Salam Sejahtera,

Dalam perkongsian sebelum ini, saya tegaskan tentang perkara-perkara yang menyebabkan banyak peniaga gagal melihat pemberitaan sesebuah acara sidang media/ pengenalan produk dan sebagainya dari kaca mata kami para wartawan.

Kali ini saya akan sentuh sedikit tentang persediaan awal penganjuran sesebuah acara, yang sebenarnya jatuh kepada ‘internal process’ yang diamalkan dalam sesebuah organisasi itu sendiri.

Siri 10 Mitos Hubungan Antara Bisnes dan Media Massa

(Assumption: Target utama post ini adalah untuk pengusaha perniagaan kecil dan sederhana. Jadi skop penulisan akan banyak merujuk kepada keadaan perniagaan jenis ini yang biasanya berusaha mendapatkan publisiti secara percuma melalui media massa)

Mitos #2 – Panggil Aja Wartawan, Confirm Datang!

Mitos yang ini, saya panggil sebagai ‘bahana banyak sangat tonton Melodi’.

Ada peniaga yang saya jumpa berpendapat wartawan BERTANGGUNG JAWAB untuk hadir ke majlis sidang akhbar yang mereka anjurkan.

Inilah padahnya bila anda ada tukang nasihat yang jenis, ‘kita panggil aja RTM, TV3, Bernama…mesti diorang datang punya boss!’

Saya bagi tahu awal-awal. You are living in la-la land.

Saya sendiri pernah hadir ke sidang media yang sebaik saya sampai, tiba-tiba dilayan seperti raja sebab…SAYA SEORANG SAHAJA wakil media yang hadir.

– – –
Sertai komuniti MBM @ Wartawan Awam di link ini: http://goo.gl/forms/qncTdF0Gi0
– – –

Bila saya siasat, dan daripada beberapa kes, boleh disimpulkan antara punca masalah ini berlaku adalah:

a. Penganjuran bersifat ‘last minute’

Baca sahaja tajuk ini, anda boleh faham keadaan yang berlaku. Sering kali pemilik perniagaan memilih untuk membuat kerja secara ‘ad hoc’ yang mengakibatkan segala persiapan penganjuran sidang media terpaksa dilakukan dengan menggunakan mazhab ‘last minute’.

Dan tak perlu saya jelaskan dengan mendalam bahawa, kerja-kerja yang dilakukan secara last minute – TANPA SEBARANG KOMPROMI, jika dikendalikan oleh golongan tidak mahir, PASTI, PASTI, dan AMAT PASTI akan menghasilkan kerja yang cincai boncai.

Pendapat peribadi saya, hanya ada SATU pengecualian yang boleh saya beri kepada penganjuran sesuatu sidang media yang dibuat atas dasar ‘last minute’ iaitu situasi yang melibatkan kejadian berbentuk krisis. Ambil contoh, waktu Cadbury dikatakan ada kandungan babi atau waktu hilangnya pesawat MH370.

Dalam keadaan seperti di atas, keperluan mengadakan sidang media secara tergempar adalah WAJIB, maka kiranya ada sebarang kekurangan sewaktu penganjuran sidang media itu, dosanya boleh diampunkan.

– – –
Ketahui dua sebab yang biasa menyebabkan pengajuran sidang media atau product launching bersifat ‘last minute’ dalam emel barikutnya pada Rabu!

– – –

Luangkanlah sedikit masa dengan memberi feedback melalui komentar, soalan atau pujian supaya saya sedar perkongsian ini bermakna buat anda dan membuatkan saya terus menulis.

Jumpa lagi

Ali Imran
Wartawan Awam
www.wartawanawam.com

+++
– – –
Sertai komuniti MBM @ Wartawan Awam di link ini: http://goo.gl/forms/qncTdF0Gi0
– – –

Join the Conversation

2 Comments

  1. Okey, bagus untuk para peniaga sekalian. Izinkan saya kongsikan di group mentor bisnes saya. 🙂

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *