JEMPUTAN KE PIHAK MEDIA
*Post ini dipapar pada dinding Facebook saya pagi tadi. Tapi khusus untuk sahabat baik Wartawan Awam, item BONUS dimasukkan dalam tulisan italic.
– – –
Sebenarnya urusan menghantar jemputan kepada pihak media tak susah.
Tiada surat yang standard, tapi dalam masa sama ada standard yang perlu dipenuhi.
3 hal yang bagus untuk dilakukan melalui sesuatu jemputan media adalah:
1. Hantar awal, tapi jangan terlalu awal
Jarak 2 minggu hingga sebulan awal daripada program pada saya adalah tempoh yang boleh diterima.
Tapi kalau hantar jemputan awal sangat, contoh 3 bulan awal, pening juga kita nak sahkan kehadiran sebab dalam industri ini macam-macam boleh berlaku.
Mana tahu ada kejadian besar, habis semua wartawan terpaksa dikerah ke situ…jadi susah pada editor semula.
2. Hantar emel
Entahlah. Zaman ini, penggunaan surat-surat sepertinya kurang relevan. Boleh kalau nak hantar surat tapi emel kena hantar juga.
Bukan tak pernah jadi, surat jemputan hilang dicelah rimbunan pelbagai lagi kertas yang ada di atas meja… 🙁
BONUS: FOLLOW UP
Lepas 2 jam hantar jemputan, buat panggilan telefon kepada editor untuk: a. Sahkan penerimaan emel 3. Butiran lengkap
Paling penting. Apa guna hantar jemputan awal, emel punyalah cantik tapi butiran tak lengkap.
Tarikh, masa, lokasi – wajib ada.
BONUS: LIMA BUTIRAN WAJIB: Tak kisahlah apa pun yang anda nak buat, DO NOT MESS with below details: i. Tarikh Untuk lokasi, memandangkan sekarang zaman dah canggih, jemputan pun guna emel, amatlah afdhal kalau dalam jemputan itu disertakan GPS coordinate tempat acara. Senang kami nak G-Map atau Waze.
BONUS: LANDMARK LOKASI Nyatakan dengan jelas, landmark yang boleh membantu melancarkan perjalanan dan mengenalpasti lokasi acara. Biasa jadi, dah sampai ikut GPS, tapi tak jumpa lokasi tepat seperti bilik program, tingkat berapa dan sebagainya. Ok sampai sini dulu. Saya naknak masuk event MDEC – Harvard Business School di KL ni.
Doakan urusan saya lancar.
Saya doakan hari anda juga lancar dan diberikan kesihatan berpanjangan.
Sekian.
Ali Imran |