PENULIS JUAL DIRI

PENULIS JUAL DIRI
================
Sabtu dan Ahad lalu saya meluangkan masa ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur.
 
Trend yang sangat menarik saya perhatikan adalah, boleh dikatakan semua reruai yang saya pergi ada sesi ‘meet and greet’ bersama penulis. Biasanya sesi ini makan masa sejam.
 
Kebanyakan booth menyediakan mikrofon, jadi penulis perlulah mengomel panjang tentang diri dan bukunya.
 
Ada juga yang bernasib baik, ada moderator seperti di Sofa Putih ITBM.
 
Bagaimana seseorang penulis atau sesebuah rumah penerbitan boleh memanfaatkan situasi ini lebih daripada sekadar sesi B2C?
 
Sediakanlah ‘Kit Media’ untuk produk-produk anda.
 
Sesuai dengan kemeriahan industri perbukuan, ada penulis yang telah bekerjasama dengan pelbagai rumah penerbitan.
 
Kawan saya mengadu, waktu dia buat promosi di booth rumah penerbitan A, orang datang tanya tentang bukunya yang diterbit di rumah penerbitan B. Kan dah pening kepala…
 
Nama penulis itu sendiri adalah satu jenama, jadi saya suka nak cadangkan pada para penulis untuk adakan satu ‘kit media’ merangkap ‘flyers’ tentang dirinya sendiri.
 
Pendek kata, juallah diri anda.
 
Masukkan terus butiran semua buku yang telah ditulis dan di mana peminatnya boleh dapatkan buku-buku itu.
 
Kalau nak lagi gempak, buat one or two page-press release. Mana tahu ada wartawan datang dan minat nak buat story, kan senang.
 
Untuk rumah penerbitan, saya berpendapat sudah tiba masanya untuk anda ada Media Kit setiap kali sertai pesta buku.
 
Isilah ia dengan press release, company fact sheet dan CD yang mengandungi beberapa keping gambar yang sesuai, jadi bila ada wartawan datang, anda dah tak kelam kabut.
 
MESEJ TERPENTING yang saya nak sampaikan ialah ini — tak kiralah bisnes anda besar mana atau kecil mana, anda perlu bersedia dengan kit untuk menghadapi pihak media.
 
Penulis, kalau ingin menjadi besar, harus bersedia. Walaupun dari satu sudut pandang, apalah sangat penulis novel kalau nak dibanding dengan CEO sebuah MNC.
 
Rumah penerbitan, mungkin rasa dia kecil. Judul buku pun baru ada 5, tapi dia tak sedar tahun depan boleh jadi judulnya jadi 50. Inilah masa nak belajar cara bawa diri, ke depan nanti jadi senang.
 
– – –
Baiklah, kita jumpa lagi lain kali. Sedang gigih nak habiskan baca ‘Lemoi’ terbitan Studio Anai-anai.
 
Review awal – buku ini termasuk kategori ‘Maha Best’
 
WIN_20160503_11_13_51_Pro
Sekian,
Ali Imran
 
– – –
Sertai komuniti Wartawan Awam di link ini: http://goo.gl/forms/qncTdF0Gi0
– – –

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *