Dua Buku Wajib Dibeli Di PBAKL

image

image

PERHATIAN PARA WARTAWAN SEKALIAN
– – –

Kenapa #PBAKL kali ini amat penting?

Sebab, buat kali pertama yang aku tahu, ada DUA, ya. DUA orang wartawan ulung era ini akan lancarkan buku mereka.

Pertama, Syahril A. Kadir dengan buku ‘Kriminal – Catatan Seorang Wartawan Jenayah’ terbitan Karangkraf.

Kalau kau nak tahu the untold story of investigative journalism, pastikan beli buku ini.

Kedua, Charles Mohan keluar buku ‘Sebenarnya…Kisah Di sebalik Tabir 17 Tahun Sebagai Wartawan’ terbitan Puteh Press.

Jadi kalau kau memang wartawan by flesh and blood, carilah buku-buku ini. Baca, belajar dari kisah mereka.

Sekian.

Ali Imran
Masih Promote Buku Orang

JEMPUTAN KE PIHAK MEDIA

JEMPUTAN KE PIHAK MEDIA

*Post ini dipapar pada dinding Facebook saya pagi tadi. Tapi khusus untuk sahabat baik Wartawan Awam, item BONUS dimasukkan dalam tulisan italic.
– – –

Sebenarnya urusan menghantar jemputan kepada pihak media tak susah.

Tiada surat yang standard, tapi dalam masa sama ada standard yang perlu dipenuhi.

3 hal yang bagus untuk dilakukan melalui sesuatu jemputan media adalah:

1. Hantar awal, tapi jangan terlalu awal

Jarak 2 minggu hingga sebulan awal daripada program pada saya adalah tempoh yang boleh diterima.

Tapi kalau hantar jemputan awal sangat, contoh 3 bulan awal, pening juga kita nak sahkan kehadiran sebab dalam industri ini macam-macam boleh berlaku.

Mana tahu ada kejadian besar, habis semua wartawan terpaksa dikerah ke situ…jadi susah pada editor semula.

2. Hantar emel

Entahlah. Zaman ini, penggunaan surat-surat sepertinya kurang relevan. Boleh kalau nak hantar surat tapi emel kena hantar juga.

Bukan tak pernah jadi, surat jemputan hilang dicelah rimbunan pelbagai lagi kertas yang ada di atas meja… 🙁

BONUS: FOLLOW UP

Lepas 2 jam hantar jemputan, buat panggilan telefon kepada editor untuk:

a. Sahkan penerimaan emel
b. Tanya jika akan hantar wartawan untuk hadir
c. Mohon izin untuk telefon semula mengesahkan kehadiran wartawan pada waktu lain
Nota: Ini juga masa terbaik untuk anda jual program anda sampai editor rasa rugi kalau tak hantar wartawan

3. Butiran lengkap

Paling penting. Apa guna hantar jemputan awal, emel punyalah cantik tapi butiran tak lengkap.

Tarikh, masa, lokasi – wajib ada.

BONUS: LIMA BUTIRAN WAJIB:

Tak kisahlah apa pun yang anda nak buat, DO NOT MESS with below details:

i. Tarikh
ii. Masa
iii. Tempat
iv. Kod pakaian (jika ada)
v. Aturcara

Untuk lokasi, memandangkan sekarang zaman dah canggih, jemputan pun guna emel, amatlah afdhal kalau dalam jemputan itu disertakan GPS coordinate tempat acara. Senang kami nak G-Map atau Waze.

BONUS: LANDMARK LOKASI

Nyatakan dengan jelas, landmark yang boleh membantu melancarkan perjalanan dan mengenalpasti lokasi acara. 

Biasa jadi, dah sampai ikut GPS, tapi tak jumpa lokasi tepat seperti bilik program, tingkat berapa dan sebagainya.

Ok sampai sini dulu. Saya naknak masuk event MDEC – Harvard Business School di KL ni.

Doakan urusan saya lancar.

Saya doakan hari anda juga lancar dan diberikan kesihatan berpanjangan.

Sekian.

Ali Imran

wartawanawam.com

[MBM] Lima Kegagalan Polisi Dalaman Syarikat

Perkara ini termasuk dalam Mitos #2 – Wartawan Confirm Datang

Kenapa kempen media massa saya gagal? Baca lima perkara ini sambi tengok cermin.

i. Tiada perancangan teliti melibatkan pembangunan produk

Peniaga tak kenal produknya sendiri, mengakibatkan ketidak tentuan dalam plan merancang kejayaan sebuah produk. Dia pun tak tahu bila waktu sesuai menge-boom-kan produk kepada pasaran, dia tak pasti jenis pelanggan niche,

Kes paling naya, bila si peniaga sebenarnya tak berniat pun nak go to media tapi tiba-tiba ada wahyu datang entah dari mana…lalu beliau ambil risiko itu, kasihan dia terpaksa berperang dalam keadaan yang tak sedia.

ii. Birokrasi internal syarikat

Marketing department dah set year-long project baik punya, boss dah tahu, dah setuju pun tapi boss pula dok kata “nanti saya sign approval, tengah sibuk ni” atau boss dah sign approval, tapi account manager rasa ini perkara remeh lalu lambat keluarkan bajet.

Marketing team, dalam kebanyakan kes tak akan berani nak bergerak tanpa kelulusan bajet. Penganjuran sesuatu program bukan murah. Memanglah boleh buat yang bajet, no-frills punya tapi masih kena pakai duit kan.

Takkan (dan banyaknya tak akan pun) pekerja nak kena keluar duit poket sendiri, dalam situasi yang mereka pun tidak pasti sama ada mereka akan dapat semula duit yang di-upfront-kan itu atau tidak. Mereka pun ada anak bini nak bagi makan bang…

– – –
Sertai komuniti MBM @ Wartawan Awam di link ini: http://goo.gl/forms/qncTdF0Gi0
– – –

iii. Kedekut

Sedarlah bahawa seni mengurus sidang media, pelancaran produk dan yang seangkatan dengannya ini bukan kerja yang boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja. Ia perlu satu kepakaran khusus dan pengalaman yang luas untuk dilaksanakan.

Tidak ada satu template khusus yang boleh di ‘cut-and-paste’ untuk semua situasi. Yang ada hanyalah panduan umum, yang hanya boleh bertindak sebagai asas kepada penganjuran acara dan ia perlu di ‘tailor-made’ dengan keadaan semasa dari sebesar-besar perkara sampailah hal yang kecil-kecil.

Sebab itulah saya suka mencadangkan buat mana-mana syarikat untuk mengupah konsultan berpengalaman untuk membantu dalam kempen-kempen yang bakal diadakan. Kepakaran mereka dalam bidang ini boleh melegakan pening kepala anda, thus allowing you to keep your focus on things that really matter – the product.

iv. Ketakutan yang tidak perlu

Saya faham bila saya guna perkataan ‘kedekut’ pada poin di atas, pasti ada yang kata “Bukannya kami kedekut tapi syarikat kami kecil, memang tak ada duit.”

While I do undertand your challenge(s) on money-related matters, I do believe, that should not be an excuse for you to take up your marketing campaign lightly.

Jadi, soalan saya kepada anda ialah “SUDAHKAH ANDA BERTANYA?”

Ya. Ramai usahawan memilih untuk bersangka-sangka tentang kos yang mereka perlu belanjakan untuk mendapatkan khidmat pakar. Sebenarnya anda juga perlu sedar bahawa buat para konsultan perhubungan awam, mereka juga perlukan bisnes. Mereka perlukan juga duit anda. Untuk ini mereka juga sudi menawarkan pelbagai pakej yang sesuai dengan kemampuan bajet anda.

Ada pakej komprehensif, yang mana anda hanya bayar wang dan mereka akan uruskan segalanya. Ada juga pakej bajet, yang mana kerja dibahagikan antara anda dan konsultan dan ada juga pakej ringan, ada pakej bajet, ada juga pakej ‘tuan penasihat’. Semuanya datang dengan harga berbeza. Carilah yang mana sesuai untuk kempen anda.

Buangkan ketakutan yang tidak perlu itu. Work on facts. Anda akan jumpa jalannya.

v. Tawaduk Poyo

Satu lagi kegagalan dalaman syarikat dalam kempen-kempen publisiti adalah bila adanya sikap ‘tawaduk’ yang sebenarnya lebih sesuai diistilahkan sebagai poyo.

OK. Anda nak buat sidang media. Anda tahu yang anda perlu BERCAKAP dengan pihak media. Tapi bila ‘top-tier’ syarikat, kadang-kadang di taraf CEO pun memilih untuk cakap “jangan masukkan nama saya dalam berita, saya tak mahu dikenali” itu ertinya anda mengundang kemarahan tahap malapetaka dari kami para wartawan.

Antara alasan yang pernah saya dapat ialah:

“Saya tidak mahu over expose kepada umum”

“Ini hanyalah perjuangan saya di jalan Allah untuk berbakti kepada masyarakat”

dan yang paling canggih,

“Saya tak mahukan publisiti”

Dah tu kenapa kau panggil kami datang buat liputan, dol?

Kegagalan seperti ini sepatutnya dapat dielakkan. Mudah sahaja nak selesaikan masalah ini. Yang saya boleh cadangkan, ada dua cara:

– Buat ‘manegerial decision’ siapa yang perlu/ berhak/ mesti bercakap untuk pihak syarikat
– Lantik seorang jurucakap rasmi (spokesperson) bagi syarikat

(Amaran: Dalam dunia bisnes hari ini, penggunaan jurucakap sudah semakin ketinggalan zaman. Bisnes kini jadi semakin liberal dan orang menilai syarikat berdasarkan kepimpinan tertinggi syarikat. Melainkan anda tauke syarikat yang punya banyak kontreversi atau bisnes anda boleh menggadai nyawa anda, mungkin sesuai untuk guna jurucakap)

Jadi dalam kenyataan akhbar, dalam sidang media dan apa-apa yang melibatkan media — letaklah rujukan kepada orang-orang yang boleh kata-katanya dipetik untuk dimasukkan dalam berita. Jangan nanti dah siar baru nak kelam kabut telefon editor merayu agar kami edit semula berita. Dah terlewat beb.

– – –
Ok sampai sini dahulu. Jumpa lagi dalam post akan datang pada Jumaat, tentang tips buat surat jemputan kepada media
– – –

Jumpa lagi

Ali Imran
Wartawan Awam
www.wartawanawam.com

+++
– – –
Sertai komuniti MBM @ Wartawan Awam di link ini: http://goo.gl/forms/qncTdF0Gi0
– – –


Wartawan Awam
This email was sent to | Unsubscribe | Forward this email to a friend
Powered by MailerLite

[MBM] Mitos #2 – ‘Wartawan Confirm Datang’

Salam Sejahtera,

Dalam perkongsian sebelum ini, saya tegaskan tentang perkara-perkara yang menyebabkan banyak peniaga gagal melihat pemberitaan sesebuah acara sidang media/ pengenalan produk dan sebagainya dari kaca mata kami para wartawan.

Kali ini saya akan sentuh sedikit tentang persediaan awal penganjuran sesebuah acara, yang sebenarnya jatuh kepada ‘internal process’ yang diamalkan dalam sesebuah organisasi itu sendiri.

Siri 10 Mitos Hubungan Antara Bisnes dan Media Massa

(Assumption: Target utama post ini adalah untuk pengusaha perniagaan kecil dan sederhana. Jadi skop penulisan akan banyak merujuk kepada keadaan perniagaan jenis ini yang biasanya berusaha mendapatkan publisiti secara percuma melalui media massa)

Mitos #2 – Panggil Aja Wartawan, Confirm Datang!

Mitos yang ini, saya panggil sebagai ‘bahana banyak sangat tonton Melodi’.

Ada peniaga yang saya jumpa berpendapat wartawan BERTANGGUNG JAWAB untuk hadir ke majlis sidang akhbar yang mereka anjurkan.

Inilah padahnya bila anda ada tukang nasihat yang jenis, ‘kita panggil aja RTM, TV3, Bernama…mesti diorang datang punya boss!’

Saya bagi tahu awal-awal. You are living in la-la land.

Saya sendiri pernah hadir ke sidang media yang sebaik saya sampai, tiba-tiba dilayan seperti raja sebab…SAYA SEORANG SAHAJA wakil media yang hadir.

– – –
Sertai komuniti MBM @ Wartawan Awam di link ini: http://goo.gl/forms/qncTdF0Gi0
– – –

Bila saya siasat, dan daripada beberapa kes, boleh disimpulkan antara punca masalah ini berlaku adalah:

a. Penganjuran bersifat ‘last minute’

Baca sahaja tajuk ini, anda boleh faham keadaan yang berlaku. Sering kali pemilik perniagaan memilih untuk membuat kerja secara ‘ad hoc’ yang mengakibatkan segala persiapan penganjuran sidang media terpaksa dilakukan dengan menggunakan mazhab ‘last minute’.

Dan tak perlu saya jelaskan dengan mendalam bahawa, kerja-kerja yang dilakukan secara last minute – TANPA SEBARANG KOMPROMI, jika dikendalikan oleh golongan tidak mahir, PASTI, PASTI, dan AMAT PASTI akan menghasilkan kerja yang cincai boncai.

Pendapat peribadi saya, hanya ada SATU pengecualian yang boleh saya beri kepada penganjuran sesuatu sidang media yang dibuat atas dasar ‘last minute’ iaitu situasi yang melibatkan kejadian berbentuk krisis. Ambil contoh, waktu Cadbury dikatakan ada kandungan babi atau waktu hilangnya pesawat MH370.

Dalam keadaan seperti di atas, keperluan mengadakan sidang media secara tergempar adalah WAJIB, maka kiranya ada sebarang kekurangan sewaktu penganjuran sidang media itu, dosanya boleh diampunkan.

– – –
Ketahui dua sebab yang biasa menyebabkan pengajuran sidang media atau product launching bersifat ‘last minute’ dalam emel barikutnya pada Rabu!

– – –

Luangkanlah sedikit masa dengan memberi feedback melalui komentar, soalan atau pujian supaya saya sedar perkongsian ini bermakna buat anda dan membuatkan saya terus menulis.

Jumpa lagi

Ali Imran
Wartawan Awam
www.wartawanawam.com

+++
– – –
Sertai komuniti MBM @ Wartawan Awam di link ini: http://goo.gl/forms/qncTdF0Gi0
– – –

MITOS BISNES-MEDIA: REALITY CHECK!

WIN_20160420_16_08_46_Pro

Salam sejahtera,

Sejak 2011, saya telah hadir ke banyak sidang media yang majoritinya bermotifkan pemasaran produk. Baik ia tentang produk yang baharu atau menguatkan semula ‘branding’ atau tambah nilai produk sedia ada, ia tetap berorientasikan pemasaran produk.

Seperti yang saya janjikan di post Facebook saya (Ali Imran Basikal Oren) saya akan kongsi tentang ilmu komunikasi organisasi dan produk kepada/dengan media massa.

Hari ini saya kongsikan satu segmen dari ebook saya yang bakal terbit.

 

10 Mitos Hubungan Antara Bisnes dan Media Massa

(Assumption: Target utama post ini adalah untuk pengusaha perniagaan kecil dan sederhana. Jadi skop penulisan akan banyak merujuk kepada keadaan perniagaan jenis ini yang biasanya berusaha mendapatkan publisiti secara percuma melalui media massa)

 

MITOS 1:  Apa Saya Cakap, Mesti Keluar

Antara semua mitos yang saya senaraikan, boleh jadi inilah mitos yang paling besar.

Satu perkara yang biasa kami lalui sebagai wartawan adalah bila si peniaga merasakan SEMUA hal yang dia sebut, MESTI disiarkan.

Beberapa sebab yang saya dapati menyebabkan hal ini berlaku adalah:

a. Kurangnya kefahaman tentang konsep ‘ruang’ dalam sesebuah pemberitaan

Banyak peniaga merasakan yang berita berkenaan produk mereka akan keluar panjang-panjang dalam artikel akhbar, serta siaran di televisyen dan radio.

Untuk peniaga kecil, just a reality check, saya ajak anda buat latihan ini:
i. Dapatkan sebuah akhbar

ii. Selak ke bahagian bisnes

iii. Kira berapa muka surat diperuntukkan untuk bahagian bisnes

iv. Berapa nisbah/ratio berita antara syarikat ‘berhad’ vs ‘sendirian berhad’ vs PLT/Enterprise

v. Tahniah, itulah jumlah ruang yang anda mungkin dapat untuk liputan produk anda

 

Nota: Latihan ini tidak ‘applicable’ kepada syarikat besar atau punya modal pengiklanan yang besar. They are in a different league.

 

b. Tidak tahu ‘back end process’ dalam penyiaran berita

Selain wartawan, terdapat banyak lagi pihak yang terlibat dalam penghasilan sesebuah berita, antaranya:

i. Editor – Ini big boss kami. Dia merupakan gate keeper kepada semua berita yang akan disiarkan. Kalau berita bagus macam mana pun tapi dia kata ‘no’, ertinya memang tak akan keluarlah cerita anda.

ii. Sub Editor – Jangan buat main dengan dia ini. Selain memeriksa kualiti penulisan, mereka juga periksa fakta dalam artikel, jadi kalau anda cuba nak bagi ‘statement’ tanpa fakta yang benar, maka kemungkinan besar artikel boleh dicantas keluar dari senarai siar.

iii. Layout/Airtime manager/artist – Mereka punya pengaruh untuk tentukan jumlah ruang yang ada. Ada masa, ruang dalam akhbar memang banyak untuk diisi dan ada masa memang tak cukup tempat. Kedua-dua situasi ini boleh mempengaruhi panjang artikel/ panjang siaran publisiti produk anda.

 

c. Peniaga tidak tahu apa yang nak sebenarnya hendak dijual

Ini biasa. Wartawan dijemput untuk hadir ke pelancaran produk sekian dan sekian tapi bila sampai, berderet produk dia susun atas meja. Produk baharu ada, produk lama pun ada.

Tidak salah jika itu dijadikan sebagai prop untuk photo tapi yang salahnya adalah jika nak minta dalam satu artikel (yang kita pun tak tahu nak jadi panjang mana – rujuk poin (iii) di atas, si peniaga nak minta promosi SEMUA produk sekali gus.

Ini semua kena kes kena belajar topik ‘Product Life Cycle’ semula. Mudah cakap, kalau nak promosi produk baharu, produk lama hanyalah sesuai untuk dijadikan asas mengingatkan semula pembeli tentang reputasi anda, yang kemudiannya menambahkan keyakinan mereka untuk beli produk baharu anda.

Tapi kalau dalam artikel sama nak promosi produk lama dan produk baharu, pertama kami pun pening nak tulis dan pembaca pun pening nak faham. Tekaan saya, sudahnya pelanggan beli kembali produk lama sebab itu yang memang dah register dalam otak dia.

 

d. ‘Lupa’ yang siaran itu percuma

Siaran percuma, tapi ada hati nak jadi diktator tentukan cara artikel ditulis ikut mahu dia, butiran yang masuk mesti ikut apa yang dia mahu dan lebih mencabar kesabaran kami, bila minta kami para wartawan MENIPU untuk cerita konon produk dia boleh selamatkan satu dunia.

Kalau anda termasuk golongan begini, taubatlah segera.

 

– – –

Sekian dahulu untuk perkongsian pertama. Luangkanlah sedikit masa dengan memberi feedback melalui komentar, soalan atau pujian supaya saya sedar perkongsian ini bermakna buat anda dan membuatkan saya terus menulis.

KENALI ALI IMRAN

Nama saya Ali Imran, berkhidmat sebagai wartawan dengan sebuah agensi berita. Kelayakan akademik saya adalah dalam bidang logisitik (ulangan suara: L.O.G.I.S.T.I.K) jadi jika tanya adakah saya seorang pakar pemasaran, saya jawab – TIDAK.
Tapi sejak lima tahun lalu saya berurusan dengan banyak pemilik bisnes, pernah menjadi panel untuk melatih ‘top tier managers’ syarikat berstatus ‘Berhad’ dalam topik pengurusan media dan telah pun memberi bimbingan peribadi (personal coaching) kepada pemilik-pemilik perniagaan dalam pengurusan kempen pemasaran melalui media massa.
Sertai mailing list saya bila anda klik di pautan ini: WARTAWAN AWAM

 

 

Jumpa lagi

 

Ali Imran

www.wartawanawam.com

APA ITU ‘JOLOK’?

image

Hari ini, gambar ini jadi ‘viral’ – gaya sang wartawan ini menjadi perhatian masyarakat.

Sebagai wartawan, saya terpanggil untuk bercerita tentang hal ini, berdasarkan apa yang saya tahu.

Saya tiada di sana pada waktu kejadian, tapi saya pernah berada dalam situasi ini.

Inilah cabaran dalam kerjaya kami. Untuk pengetahuan anda, saban hari kami berkejar ke sana ke mari unuk mendapatkan berita.

Bagaimana cara nak dapatkannya? Pertama, kena cari SUBJEK berita. Dah jumpa, baru boleh dapatkan komentarnya.

Contoh dalam gambar ini, Ku Nan sebagai subjek, mari kita putar satu isu hangat tentang yang berlaku hari ini, contohnya hal suara tak percaya kepala-kepala Umno Kedah terhadap MB Mukhriz.

Berita sedang hangat, wartawan kena cari bahan segera, jadi orang-orang penting dalam Umno perlu dicari, dikejar, disoal agar rakyat dapat jawapan segera.

First thing, kita kena kejar subjek, Ku Nan orang penting Umno. Dia Sec-Gen parti. Suara dia punya kredibiliti mewakili parti.

Kena cepat. Nak tunggu sidang media rasmi, entah bila nak dibuat. Rakyat dah tak sabar, ada yang sokong, ada yang benci, ada yang main emosi.

Jadi, kita kejar Ku Nan, di mana sahaja dia berada. Selak senarai jemputan, dapat tahu dia akan berucap di majlis sekian-sekian…jadi wartawan pergi. Serampang dua mata.

Mata satu, lapor tentang majlis.

Mata dua, cari peluang untuk jolok Ku Nan.

image

Untuk pengetahuan semua, aktiviti mengerumuni subjek untuk mendapatkan komentar peribadi ini dipanggil ‘jolok’.

Cabaran dalam aktiviti penjolokan ialah:

a. Di hadapan subjek biasanya dipenuhi ramai orang. Kalau lambat memang tak dapat tempat, situasinya tegang. Berhimpit, berasak, bertolak. Tambahan bila ada kamera, semua orang akan berusaha gigih untuk berada di belakang kamera, jangan sampai muka masuk tv atau paper.

Dalam kata lain, sang wartawan ini terpaksa berada di lokasi yang tidak dimahukan oleh sesiapa di situ…kasihan beliau, demi tugas dia gagahi juga.

Boleh jadi, pada waktu kejadian berlaku pun dia dah tahu gayanya akan jadi isu, tapi daripada kena marah dengan boss sebab tak dapat bahan berita, baik hadap sahajalah dengan pasrah.

b. Kalau namanya perempuan, memang selalu jadi mangsa tak dapat tempat. Sedangkan saya sendiri pun yang badan ‘sasa’ ni selalu kena tolak ke tepi, inikan pula wartawan dalam gambar ni, memang tercampak tepi sahajalah (literally tercampak, setakat terhumban dah jadi resam biasa)

c. Time is gold. Waktu jolok, bukan tahu pun berapa lama subjek tu nak bercakap. Kadang-kadang jawab satu soalan dan dia terus ‘blah’. Kalau nasib baik, subjek layanlah selagi ada soalan. Jadi selagi sempat jolok, joloklah. Tanya puas-puas.

d. Saya teka, ada sebab kenapa sang wartawan ini terpaksa pose begitu, mungkin tangannya yang satu lagi penuh dengan buku nota dan beg, mungkin di hadapnnya ada halangan yang buat dia tak boleh berdiri betul-betul

Alkisahnya, dalam sesi menjolok, memang kekacakan dan keayuan diri tak dapat dititik beratkan sangat.

Inilah cabaran kami, inilah makanan harian kerja kami. Kami hadapi dengan redha.

Semoga penjelasan ini memberi sedikit maklumat berguna untuk kita.

Ali Imran Basikal Oren
Bernama
Wartawanawam.com

Sumber Gambar: Facebook

BERNAMA – Jawatan Kosong (Wartawan)

Tak banyak masa hari ini, saya salin-tampal sahaja ya.

Selamat mencuba!

Bernama Logo

JAWATAN KOSONG

BERNAMA, agensi berita nasional Malaysia dan peneraju dalam perkhidmatan berita dan maklumat mempelawa calon warganegara Malaysia yang layak untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:

PEGAWAI BERITA [a.k.a Wartawan]

Kelayakan:

  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan;
  • Mempunyai Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa dengan Kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan atau setaraf dengannya;
  • Kepujian dalam Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia;
  • Mempunyai kemahiran yang baik di dalam penulisan dan pertuturan Bahasa Malaysia dan Inggeris;
  • Mempunyai pengalaman di dalam bidang kewartawanan sebagai satu kelebihan.

Calon yang berminat diminta membuat permohonan yang lengkap (resume) dengan menyatakan butir-butir peribadi, kelayakan akademik (sila sertakan salinan sijil), pengalaman bekerja, gaji sekarang dan gaji yang dipohon, nombor telefon yang boleh dihubungi, gambar berukuran pasport dan salinan Kad Pengenalan pada atau sebelum Jumaat, 25 September 2015 ke alamat berikut:

Pengurus Sumber Manusia
Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Tingkat 13 Wisma BERNAMA
No, 28 Jalan 1/65A
Off Jalan Tun Razak
50400 KUALA LUMPUR

 

(Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga)

– – –

Ali Imran

Wartawan Awam

TRAGEDI KREN RUNTUH DI MEKAH – ANALISA BAHAN VIRAL DI MEDIA SOSIAL

Dikejutkan berita tentang kemalangan yang menimpa jemaah haji, ada yang terkorban dan ramai juga yang tercedera.

Dengan kecanggihan teknologi hari ini, berita ini menjadi viral – lengkap dengan gambar, video dan kapsyen jauh sebelum sempat mana-mana saluran berita di media massa menyiarkannya.

Inilah kuasa yang ada dalam tangan Wartawan Awam, iaitu anda!

Jadi saya ambil sedikit masa untuk analisa konten-konten yang telah diviralkan setakat ini.

– – –

GAMBAR OK

Gambar-gambar yang pada pendapat saya – OK.

Definasi OK –

  • Maksud gambar mudah difaham
  • Tidak memberi gambaran salah tentang kejadian
  • Tidak melibatkan unsur ngeri yang melampau
20150913210415
Tengok gambar sekali imbas pun faham – Gambar menunjukkan kerosakan yang berlaku.
20150914022529
Juga mudah difaham dan tidak ada unsur ngeri
20150914022609
Menunjukkan kesan selepas kejadian. Ada sedikit unsur ngeri, bila kesan darah masih ada di lantai tapi tidak melampau.
20150914022625
Tak perlu kata apa-apa. Lihat, terus faham.
20150914022702
Sama, tak perlu nak kata apa.
20150914022741
Ada unsur ngeri bila ada elemen darah dalam gambar, tapi tidak melampau.

– – –

GAMBAR TIDAK OK

Gambar yang pada pendapat saya, TIDAK OK:

(Sebenarnya saya tak mahu upload gambar-gambar ini tanpa sensor tapi untuk pendidikan, saya letak juga)

Definasi:

  • Mungkin menimbulkan salah faham
  • Unsur ngeri yang boleh menimbulkan rasa kurang senang audien
20150913210334
Unsur ngeri yang saya maksudkan. Jelas nampak mayat-mayat mangsa kejadian, dengan kesan darah yang masih membasahi lantai.
20150913210352
Walaupun tidak se’ngeri’ gambar sebelumnya tapi pada pendapat saya, ia masih termasuk dalam kategori yang boleh bikin ada audien yang tak lalu makan.

Jika anda perhati, kedua-dua gambar yang saya letakkan dalam kategori tidak OK adalah kerana terdapat unsur ngeri.

– – –

TAHAP KE-NGERI-AN GAMBAR

Untuk pengetahuan semua, perdebatan tentang tahap ke-ngeri-an gambar untuk siaran masih terus diperdebat oleh pelbagai pihak.

Ada yang kata, tak boleh menyiarkan gambar yang boleh memberi kesan emosi kepada audien.

Tapi ada juga yang kata, macam mana nak beri gambaran situasi sebenar kalau tidak boleh menyiarkan gambar keadaan sebenar?

Sebab itu saya nyatakan dalam komen-komen saya di atas, gambar yang saya kategorikan sebagai ngeri atau tidak adalah berdasarkan pendapat saya sendiri.

Jadi ia tidak semestinya tepat, tapi saya boleh katakan, bolehlah dijadikan panduan untuk yang mencari jawapan kepada persoalan tentang batas jenis gambar untuk siaran.

Dalam kemajuan teknologi sekarang, bukan mudah untuk menyaring jenis gambar yang dimuat naik ke media sosial.

Jadi, elemen ‘self censorship’ amat perlu.

Inilah perkara yang wartawanawam.com cuba lakukan.

– – –

SENSITIVITI AHLI KELUARGA MANGSA

Satu elemen yang saya tidak sentuh ialah berkenaan sensitiviti ahli keluarga mangsa.

Sebab dalam kejadian ini, tidak disiarkan secara meluas (sekurang-kurangnya untuk warga Malaysia) gambar mayat mangsa dalam keadaan ngeri.

Jika ada pun, saya bersyukur kerana tidak dapat gambar itu.

Cuma nasihat saya, sebelum post gambar mangsa dalam keadaan yang menyedihkan, fikirkan sejenak, jika itu gambar ibu bapa atau adik beradi kita sendiri.

Selesakah kita jika gambar mayat mereka jadi tontonan umum?

– – –

JAGALAH ADAB BERBAHASA

Sedikit saya nak pesan, jagalah budi bahasa dalam memberi komen berkenaan kejadian ini.

Ya, mungkin ada yang tak suka dengan tindakan kerajaan Arab Saudi yang over-develop persekitaran Masjidil Haram (saya adalah seorang daripadanya).

Mungkin ada yang rasa orang Arab manipulasi ibadah haji untuk buat untung (saya juga seorang daripadanya).

Mungkin ada yang berpendapat macam-macam lagi, tidak salah untuk punya pendapat.

Tapi kejadian ini adalah satu tragedi.

Mangsa kejadian tidak bersalah. Janganlah caci mereka.

Sekian.

 

Ali Imran

Wartawan Awam

Nota: Saya semua gambar dan video di bawah, saya pungut dari beberapa grup whatsapp. Jadi saya tak pasti kredit kepada siapa. Moga empunya gambar, jika tidak setuju gambar miliknya disiarkan, hubungi saya di [email protected] untuk urusan selanjutnya

WHY BECOME A REPORTER?

Heading home after covering Bersih 4, 30 Aug 2015, Jalan Raja, Kuala Lumpur.
Heading home after midnight shift covering Bersih 4, 30 Aug 2015, Jalan Raja, Kuala Lumpur.

For countless times, I’ve been asked (most of the time – interrogated) on decision to jump into this line.

Yes, in the eyes of some, its a shock to see someone that was once a shipping/logistics enthusiast is now doing ‘nothing’ but write ups telling the story of other people and snap some photo for the good of someone he barely know off.

Some people even asked in detail, how much do i earn, and compare that to what I used to receive monthly.

Let me not forget to mention – the moment they see me riding my old kapchai buruk, the reaction is – priceless.

To receive smerks and jeling-jeling, itu benda biasa.

Interestingly, there are people that decided that I will surely end up in hell. “God forbids this job,” that was the exact phrase used.

– – –

Honestly, all that I can say is – I don’t know.

This is not something that I planned for.

It is so happen that the opportunity came by and I decided to give it a try.

But all I can say for this moment is,

Choosing to join Bernama over a lucrative offer by a MNC was one of the best decision I’ve ever made in my life.

– – –

Above all,

Its not only about the bucks I make.

It is a responsibility that I decided to take.

Maybe someday, I will tell you more about it.

– – –

Have a good Friday.

Wish you a great weekend.
.

.

.

Ali Imran
Wartawan Awam